Friday, 12 April 2013

..aku bukan kau..


Assalamualaikum..!

kadang kadang aku rasa cengeng
kadang kadang aku rasa lembik
kadang kadang aku rasa lemah gemalai tak boleh bangun
apa nak jadi dengan kau?
kau ingat hidup ni boleh bergantung kat orang lain?
kau ingat orang lain boleh suapkan kau nasi?

apa kau dah buat selama ni
sembahyang kau penah berubah ke?
ke dari start umur 7 tahun sampai sekarang ni kau baca surah yang sama?
masyaAllah
berubah sementara boleh berubah
tingkat kan amal kau
antara nak atau pun tak je
antara sebaris alasan ataupun mak nenek punya alasan

apa kau dah bagi pada mak ayah kau
kau tahu menyusahkan je kan?
kau ada hidup sekarang
kau ada otak boleh fikir sendiri
jangan nak harapkan diorang tolong buat keputusan
bukan bermakna membelakangkan
minta nasihat minta cadangan minta pendapat
bukan membebankan.

tahun kedua pengajian
dah habis setahun aku jadi student perubatan
apa aku dapat?
apa yang aku nak mulanya?
tolonglah tetapkan niat kau yang asal
jangan buang masa
jangan merayap tak tentu hala je kerja
tak payah nak tidur awal ikut sedap mata je
kau nak bunuh patient ke nanti?
tanggungjawab kau sedar tak
berubah berubah berubah

hidup ni kadang kadang tak seperti yang dirancang
berkawan dengan orang lain
bercinta dengan orang lain
bertunang dengan orang lain
tup tup tap tap tip tip
kahwin dengan orang lain
antara kau dan aku
perancangan memang indah
apa pun jadi dari sekarang empat lima enam tujuh tahun akan datang
andai jodoh kita aku terima seikhlasnya
sangat bersyukur
andai tidak, jangan pernah salahkan takdir
sememangnya aku tak pernah menyesal sayang kau!

sedar diri sedar ruang sedar kedudukan
berfikir secara matang bukan emo memanjang
hey kau dah 21 tahun okay!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 29 March 2013

..25/26-3..


Assalamualaikum..

kadang-kadang kita rasa takdir itu kejam
kenapa memilih kita untuk melaluinya
beribu hati berjuta perasaan kenapa kita yang diuji
menyayangi yang bukan hak itu sangat perit
untuk memiliki hanyalah mimpi
hati dan perasaan menghubungkan
tetapi tidak akan pernah bersatu
mencipta kenangan sangat mudah
melupakan tidak sekali
aku kalah dengan kau.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 10 March 2013

..tiga.puluh.lapan..


Assalamualaikum.


hey. kau tau tak kau tau tak kau tau tak. kita dah 38 bulan kot. gler lama kan. sumpah aku bahagia dengan kau. terima kasih sebab ada dengan aku selama ni.
aku rindu kau la giler.

**giler kasar. tak romantik langsung. kesah?

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 8 March 2013

..eyh awak !..


Assalamualaikum..

makin lama kita kenal dia
makin sayang kita dekat dia
sebab makin lama kita kenal dia
makin banyak kenangan tercipta 


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 1 March 2013

..istikharah cinta..


Assalamualaikum..:)

Baru balik dari tengok movie sebenarnya. beautiful creature. story line yg sgt slow-lembap-membosankan. sampai tunggu bila lah cerita ni nak habis. buat perabih duet ja. takpe lah sekurang-kurangnya masaku tidak terisi dengan tidur semata-mata. huh. 

Okay aku percaya, selagi kita jumpa orang lain yang boleh buat hati kita tak tenang-tidur tak lena-mandi tak basah-makan tak kenyang, selagi itu lah kita belum jumpa cinta yang sebenarnya. motif? 

Dua situasi.

- seseorang yang selevel dari segi keluarga dan keturunan, sayang kita macam nak mati, tapi hati kita tidak sepenuhnya.

- seseorang yang jauh perbezaannya dengan kita, hatinya tidak akan pernah menjadi milik kita, tapi kita tersangatlah berharap dia untuk kita selamanya. *drama drama

**pesan mama, pilihlah orang yang menyayangi kita supaya kita lebih mudah untuk menerima -.-

Kenapa setiap apa yang kita nak, tak berjalan seperti yang diharap? rela dipermainkan atau mempermainkan? orang kata, ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa. hmmm. tapi sekarang sedang mengikut kata hati yang tidak tahu mana tujuan dan penghujungnya.

Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dirinya. 
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat. insyaAllah. :)



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com