Wednesday, 30 January 2013

..30th Jan..


Assalamualaikum..!

hai uolllssss. ^_^ baru balik dari kelas act. tersangatlah penat mengantuk and rasa nak tidur tak nak bangun-bangun dah. pagi tadi ada test biochem. memang tersangatlah hampeh. penat je stay up last night. *padan muka sape suruh study last minit. 5 hari cuti tak reti duk diam kat umah. then, dean bagi briefing pasal exam repeat year repeat sem and whatsoever. tak pay att pun sebab perut dah membebel send impulse kat hypothalamus mintak telan nasi. macam buat theory sendiri je. haha. yang paling best aku dengar ktorang akan dihantar posting whether H. Kepala Batas, H. Seberang Jaya or H. Langkawi time clinical year nanti. ohh tidak Langkawi. boleh bayangkan betapa bosannya tercampak kat sana. huh. okay enough. xde motip sebenarnya hari niyh. :p

Allah has a purpose for your pain
a reason for your struggles and a reward
for your faithfulness.

Don't give up!

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 27 January 2013

..tinggi melangit..


Assalamualaikum..!

Orang kata, kalau dah berada kat puncak kejayaan, kena selalu pandang ke bawah. ingat balik semua orang yang da susah payah tolak kau sampai naik kat puncak tuh. tapi seperti yang kita semua tau, lumrah manusia lumrah alam lumrah duniawi, bila rasa dah ada kat atas, mula la nak mendongak tak kena tempat.

aku penah rasa macam-macam dah selama hampir 21 tahun aku duk kat dunia ni. aku penah rasa di-reject, aku pernah rasa apehal la aku buat benda nih, aku pernah rasa salah buat decision, aku pernah rasa kalau la boleh patah balik kan, aku pernah frust apa yang aku nak tak dapat, aku pernah rasa benda yang aku plan tak pernah nak menjadi. and last aku pernah rasa yang aku memang tak kan dapat capai cita-cita aku. mustahil la kan belajar main-main nak dapat apa yang aku nak. biasalah tak semestinya apa yang kita harapkan tu akan jadi kenyataan dan yang lebih jelas tak semestinya bercinta tuh berakhir dengan pernikahan. ok xde kena mengena. tapi kesimpulannya kita tak boleh nak dapat apa je pun tapi izin dari Nya.

sedar diri weyhhhh. SEDAR DIRI. aku kat mana sekarang? berpijak dibumi yang nyata. turun katil sekarang lompat-lompat atas lantai kalau tak sedar jugak. aku ada segalanya. aku ada Allah yang aku boleh share masalah anytime, aku ada family yang sangat sporting, aku ada kawan-kawan sekelas yang tersangatlah happening, aku ada yang tersayang-tersayang-tersayang yang boleh teman aku bila-bila masa pun. okay banyaknya tersayang. haha. dan sekarang aku tinggal selangkah je nak capai cita-cita aku.

tapi. hmmm. kenapa sampai sekarang aku tak tau apa yang aku nak dalam hidup. dah dapat apa yang nak, pastu malas plak tu nak study. da puas ke aku dengan apa yang aku ada sekarang? apa lagi target aku dalam hidup lepas ni? tak kan belajar takat tu je kan? bila nak kahwin?

itulah manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada sekarang tapi tak pernah nak bersyukur. bukan maksudnya kita puas dengan apa yang kita ada, tu dah macam xde matlamat hidup la plak kan. bagi aku. hidup kena ada target. kena tau apa yang kita buat. kena ada plan lima, sepuluh tahun akan datang. bukan semua benda boleh ikut flow macam tu je. sekali flow tu masuk salah lorong, habis melingkup.

aku bukan jenis yang ikot flow. tu bukan aku. aku tahu apa yang aku nak. selagi tak dapat memang aku akan dapatkan sampai aku memang betul-betul dapat.

semoga budak kat atas ni jadi orang yang jauh lebih baik, tau diri, tau kat mana. 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..Speak Good or Speak Nothing..



mengumpat-mengata-mengeji-cakap kosong-mencarut-maki sana sini macam dah xde hal da bagi aku. bila xde benda nak buat. duk cari bahan nak bahan orang lain. macam nak terbalik kebelakang rasanya bila pikir-pikir balik apa yang aku dah buat. macam tu ke guna nikmat lidah yang sepatutnya digunakan untuk bercakap benda elok-elok? masyaAllah. tiba-tiba lidah tu terputus baru nak padan dengan muka. apa pun tak boleh kang. apa yang orang kena bahan tu rasa? macam mana pulak kalau aku dekat tempat dia? boleh buat pekak-dunno-xtau je ke? haishhh. dah bergunung berbukit dah rasanya dosa aku buat duk ngata orang lain. bila plak aku nak cari orang yang aku da sengaja duk ngata tuh? macam mana kalau tiba-tiba aku mati accident kejap lagi? mintak dijauhkan. banyak sangat dosa aku tak terampun nih. hmmm.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
 (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday, 26 January 2013

..movie movie and movie..


Assalamualaikum..!

tengok title entry pun da tau la kan aku nak cakap pasal apa. minggu ni aku tengok movie tiga kali beb. TIGA kali.

  • Mama - 22 Jan/9.20 pm : GSC Sunway Carnival
  • The Impossible - 23 Jan/11.30 pm : GSC Queensbay
  • Hansel and Gretel - 25 Jan/6.15 pm : TGV Seberang Perai
hoho. kau macam study tourism plak kan boleh duk tengok movie bagai hari-hari. sedar diri la weyh kau study apa. kang da sampai tergolek-tergolek tak leyh nak bangun baru nak menyesal. huh

tapi part paling best :
  • aku round selagi ada cinemas kat penang neyh
  • setiap movie tengok dengan orang yang berlainan
part paling tak best :
  • setiap kali keluar RM50 paling kurang akan habis - makan, movie, beli tah pape
  • owh duit minyak kereta ku - paling kurang RM10 paling banyak RM20
  • duit tol - Bertam-Sg. Dua : RM3.20, Penang Bridge : RM 7
  • diet ku musnah - setiap kali keluar telan fast food. burger king, pizza hut, McD. 
***ke Queensbay, plan sama-sama duit keluar sama-sama la kan. ni tak, aku jugak. bukan nak berkira, tapi mati la kan. sekali dua xpe, ni dah berkali-kali dah kot. daripada ikhlas nak berjalan-jalan jadi terpaksa plak nanti. xbest kan? haishhh.

movie yang bakal jadi tatapan mata aku lepas niyh :
  • The Last Stand
  • Parker
  • 3 AM
  • Juvana - rasanya download je nanti :p
***nak tengok dengan siapa pulak lepas niyh -.-


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 25 January 2013

..right or left?..


Assalamualaikum..!

Kadang-kadang kita keliru dengan perasaan sendiri. benar jodoh ada dimana-mana. kumbang bukan seekor, bunga pula setaman. tapi cinta sejati hanya wujud apabila tiada cinta seterusnya.

"if it is meant to be, it will be"
and whatever happens,
hold on to the one, up there

"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

Love, Syaa  

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com