Friday, 25 October 2013

heyp 4th sem!


Assalamualaikum

Sudah hampir seminggu semester 4 bermula. bermulalah balik kehidupan sebagai seorang pelajar setelah hampir sebulan memanjakan diri membekukan otak di rumah.

Result semester 3 sudah pun keluar. walaupun tidak begitu membanggakan, tapi alhamdulillah dan aku tetap bersyukur dengan setiap inci apa yang Kau berikan dan setiap apa yang Kau ukir tentang perjalanan hidupku. tetapkanlah iman kuatkanlah ingatan ku untuk mengharungi perjalanan hidup yang tidak diketahuinya bila noktahnya.

andai sebuah lirik puitis yang Kau cipta untukku, 
melodi indah yang akan aku mainkan.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 4 October 2013

relationship yang senyap


Assalamualaikum

Apabila sudah menjangkau usia 20an, nampak gayanya ramai yang semakin dan seakan tidak percaya dengan kuasa declaration. Bahasa geli gediknya adalah untuk menjadi couple atau confess. Cuma mungkin ada sedikit sweet apabila ada tarikh anniversary untuk diingati.

Baiklah, aku akui bahawa declaration agak tidak relevan kepada mereka yang mahukan satu hubungan yang lebih simple dan terbuka. Tidak terikat dengan komitmen. Cukup dengan hang out dan mengaplikasikan rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis yang bisa meyakinkan hati keduanya.

Declare ni untuk budak-budak. Apabila sudah dewasa, enjoy the silent relationship lah beb.

Tapi kan, bukan ke silent relationship itu tidak menjamin apa-apa? rational balik, ada jodoh tidak kemana bukan? jodoh itu aturan Dia, tidak perlu dipaksa :) nikmati hidup yang cuma sementara.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday, 3 October 2013

kadang-kadang ia mudah


Assalamualaikum

Penyatuan hati?
Pembuktian sayang?
Atau cuma sebahagian dari keperluan hidup tanpa disulami sebarang perasaan? Kepuasan?

Pada satu tahap apabila jiwa bersatu dengan akal yang waras, kita merasakan telah berbuat sesuatu yg berlebihan. Tanpa sedar ataupun tidak. Dan jawapan kepada itu adalah berhenti.



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com