Monday 29 April 2013

jangan dia.


Assalamualaikum.

penat ya sangat penat
tak kuat untuk menanggung
tak kuat untuk pertahankan seorang diri
aku perlukan kau.

kenapa tak pernah nak mudah
tolong jangan terlalu mendesak
tolong jangan terlalu memaksa
bukan mudah untuk aku lakukan
kasih sayang cinta pengorbanan tidak boleh dipandang sepi
beri aku masa
beri aku peluang
beri aku ruang untuk buktikan segalanya.

jangan bagi aku pilihan
sesungguhnya kau bukan untuk dipilih
hati dan perasaan tidak pernah menipu.

aku sangat berharap
ya terlalu berharap itu menyakitkan
tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan
cuma pengertian perasaan ku.





Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 23 April 2013

Monday 22 April 2013

Mr Bad Luck !


Assalamualaikum..!

pernah tak kau 
buat benda yang langsung kau tak pernah buat?
buat benda yang langsung tak masuk akal?
buat benda yang langsung tiada untungnya?
apabila dah jadi
ooohhh patutla pun
ooohhh nasib baik buat kan
banyakla kau punya ooohhhhh
eyh macam tahu tahu je kan ada benda nak jadi?
kenapa jadi kat kau?
dan akhirnya bila kau duduk diam berangan
kau akan sedar kebesaran Tuhan
kau akan sedar betapa kecilnya kau
kau akan sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya
kau akan sedar setiap yang berlaku sudah takdir Nya 
dan nasib baik kat Kepala Batas :)



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 18 April 2013

Part 3#


Assalamualaikum..!

Masa berlalu sangat pantas. ya tersangatlah pantas. jangan salahkan masa kalau kau tak pernah mengejar. tiga hari lagi semester baru akan start. yeee sangat laju okay. habis dah sebulan cuti sem yang dihabiskan dengan bermalas-malasan kat rumah.

excited? ya sangat.
kenapa? xtau. -.-

aku tak nak buang masa. tiap-tiap malam tidur awal
aku tak nak keluar malam. pasar malam tak boleh tinggal. jumaat malam wajib movie. grrr.
aku tak nak study last minute. okay tak payah nak menipu sangat
aku tak nak fail mini test
aku tak nak fail paper

aku nak naikkan CGPA. insyaAllah :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday 17 April 2013

kau ke?


Assalamualaikum..!

pernah tak kau rasa susah nak buat pilihan?
nak yang tu ke nak yang ni
ke tak nak langsung
tu kau yang bermasalah

contohnya
dia ke jodoh kau?
dia ke orang yang boleh bimbing kau?
dia ke cinta terakhir kau?

kadang-kadang macam rasa ada jawapan
tapi betul ke tak
jangan buat keputusan ikut sedap hati
jangan pilih sesuatu tapi kau tak tengok kesannya
hidup bukan boleh suka-suka patah balik
jangan biarkan syaitan kuasai hati kau
tetapkan iman
tetapkan hati

tapi
walau macam mana kau teliti sangat pun buat keputusan
tak semestinya kau tak kan silap
kalau silap jangan gelabah
ambil iktibar

istikharah. doa. tawakal.
insyaAllah semuanya okay

kau ada Allah
kau ada ibu bapa
kau ada kawan-kawan
kau bukan berseorangan!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 16 April 2013

blah boleh?


Assalamualaikum..!

Ditinggalkan?
Mudah.
Cari lain.
yeahhhhhh
-syaa-



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 15 April 2013

FYI


Assalamualaikum..!

"Pandangan pertama tu penentu", Syaa

Semua orang judge kita dari apa yang mereka nampak. Tak semua benda kita boleh jelaskan. Tapi, kalau beri penjelasan pun belum tentu mereka boleh faham dan terima. Termasuklah orang yang kita rasa benar benar kenal kita, Biarlah mereka nak kata apa pun. Asalkan kita tahu mana letaknya yang betul dan yang salah. Kita tahu, Tuhan pun tahu, awak tak kan tahu. 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 12 April 2013

..aku bukan kau..


Assalamualaikum..!

kadang kadang aku rasa cengeng
kadang kadang aku rasa lembik
kadang kadang aku rasa lemah gemalai tak boleh bangun
apa nak jadi dengan kau?
kau ingat hidup ni boleh bergantung kat orang lain?
kau ingat orang lain boleh suapkan kau nasi?

apa kau dah buat selama ni
sembahyang kau penah berubah ke?
ke dari start umur 7 tahun sampai sekarang ni kau baca surah yang sama?
masyaAllah
berubah sementara boleh berubah
tingkat kan amal kau
antara nak atau pun tak je
antara sebaris alasan ataupun mak nenek punya alasan

apa kau dah bagi pada mak ayah kau
kau tahu menyusahkan je kan?
kau ada hidup sekarang
kau ada otak boleh fikir sendiri
jangan nak harapkan diorang tolong buat keputusan
bukan bermakna membelakangkan
minta nasihat minta cadangan minta pendapat
bukan membebankan.

tahun kedua pengajian
dah habis setahun aku jadi student perubatan
apa aku dapat?
apa yang aku nak mulanya?
tolonglah tetapkan niat kau yang asal
jangan buang masa
jangan merayap tak tentu hala je kerja
tak payah nak tidur awal ikut sedap mata je
kau nak bunuh patient ke nanti?
tanggungjawab kau sedar tak
berubah berubah berubah

hidup ni kadang kadang tak seperti yang dirancang
berkawan dengan orang lain
bercinta dengan orang lain
bertunang dengan orang lain
tup tup tap tap tip tip
kahwin dengan orang lain
antara kau dan aku
perancangan memang indah
apa pun jadi dari sekarang empat lima enam tujuh tahun akan datang
andai jodoh kita aku terima seikhlasnya
sangat bersyukur
andai tidak, jangan pernah salahkan takdir
sememangnya aku tak pernah menyesal sayang kau!

sedar diri sedar ruang sedar kedudukan
berfikir secara matang bukan emo memanjang
hey kau dah 21 tahun okay!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com