Friday 30 March 2012

..sudah menginjak 20..


Assalamualaikum!

Happy birthday to me..! haha..gila duk wish kat diri sendiri..^_^ 
I'm now 20 years old already..habis sudey umur belasan aku..so, setelah beberapa minit menjejaki umur puluh-puluh ni, 

umur makin bertambah, hidup makin tua, fikiran kena makin matang..
dah boleh fikir tentang masa depan dengan lebih terbuka..
boleh berfikir cara rasional dan lebih kepada pertimbangan..
sentiasa mencari redha Nya dalam apa jua yang dilakukan..

To my parents, 
Thanx Allah kerana mempertemukan dan menjodohkan mereka..kerana tanpa mereka dah tentu aku bukan aku..terima kasih atas segalanya setelah dua dekad membesarkan aku..sorry for all my wrongs..:)

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 29 March 2012

..K.A.M.U..


Assalamualaikum!

sebab terlalu risau..
sebab terlalu teringat..
sebab terlalu terfikir..
sebab terlalu mencintai..



sebelum tidur akan text..
bangun tidur check phone, ada tak text or call..
sampai tengah tidur pun akan mimpi..



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 27 March 2012

..mengapakah Allah ciptakan syurga dan neraka..?..


Assalamualaikum!

Pernah tak kita terfikir fasal ni..?Simple topic kan..Meh-meh kita share-share..Jika Allah adil kenapa Dia menciptakan syurga dan neraka? Kenapa Allah tak ciptakan syurga je dan semua orang masuk syurga kan?
Allah menjadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata..Syurga dan neraka adalah hanya sebagai tempat yang terbaik dan layak menjadi penghuninya..Allah memberikan peluang yang sama kepada semua orang..Sesiapa yang memilih kebaikan, dia akan mendapatkan syurga dan bagi mereka yang memilih kejahatan, dia akan mendapatkan neraka..

Look..!Sekolah selalunya ada exam 6 bulan sekali..Kenapa pula ada exam padahal cikgu dah kenal student yang rajin dan bodoh kan..?Sebenarnya exam adalah untuk lihat siapa student yang terbaik dan memotivasikan student untuk belajar dengan lebih rajin..Student yang rajin akan dapat result yang baik dan student yang malas akan dapat result yang teruk..Student yang cemerlang akan dapat anugerah daripada guru besar dan sebagainya..So without exam kita tak dapat tahu siapa student yang terbaik..

Kesimpulannya, Allah ciptakan syurga dan neraka supaya kita beramal untuk mendapatkan status terbaik semata-mata..Allah jadikan kita lengkap dengan akal supaya kita dapat pilih sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya..So kita mampu buat pilihan walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi mempunyai kebebasan untuk pilih sama ada sesuatu itu baik atau buruk..:)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday 24 March 2012

..kamu selamanya..

Assalamualaikum!

Yeahhh..hari ni dapat jumpa dengan encik bushuk ! padahal baru 34 hari lepas jumpa..tapi budak ngada-ngada yang rasa nak pijak kuat-kuat tendang laju-laju ni tersangatlah rindu..:) we had a lot of fun today..sepanjang jalan nak balik dok tersengih-sengih tah ape-ape..sampai time dah sampai rumah nak park kereta boleh terlanggar gril..hhahaa..bermulalah ceramah ayahku tersayang yang panjang melebar..sorry daddy..:) tak pergi lepak mana-mana pun sebab 3/4 of the day teman encik bushuk di tempat futsal..tak pernah ikot before this..tapi ok lah..boleh join lagi lepas neyh..^^ kamu datang tepat pada masa sayang ! nextweek my birthday..present please ~ tak nak belanja makan..:) thanx dear !


akusayangkamu!


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 22 March 2012

..mama..!..


Assalamualaikum!

Eyt..entry patutnya untuk dua hari lepas..tapi xpela kot..:)
actually, mama kena pergi x-ray tulang takut kanser mama merebak ke tulang belakang..sebab mama ada mengadu sakit tulang belakang..so, doktor dari Hospital Melaka buat kan la appointment sampai ke KL..xjauh jugak la kan..pergi hospital hari isnin tiba-tiba kena pergi KL hari selasa..kelam-kabut jugak ayah minta cuti..tapi nak buat macam mana kan..so, esoknya tepat jam 9.30 pagi kami sampai tempat yang dituju..Nuclear Medicine Centre, National Cancer Society of Malaysia..xpernah tahu langsung pun ada tempat macam ni..sampai-sampai je kena tunggu sekejap sebab appointment mama pukul 10 pagi..then, mama kena inject radioactive..xsilap fungsinya untuk serap ke tulang so memudahkan radiographer x-ray tulang sebadan..xsure lah! lepas inject kena tunggu two hours lagi sebelum di x-ray..kami pun lepak-lepak la minum dekat Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz..sebelah je dengan tempat tu..lepas habis segala topik dibualkan sampai da xde cerita, kami pun pergi tempat tu balik..radiographer pun panggil mama untuk di x-ray..sempat jugak berbual dengan radiographer tu macam mana tulang yang normal dengan abnormal..banyak jugak la benda baru yang dapat belajar..lepas 20 minutes mama habis kena x-ray..syukur alhamdulillah mama xde pape..maksudnya kanser mama tak merebak sampai ke tulang..:)


sebelum masuk terowong..xtau apa tah nama sebenar..:)

dalam terowong..


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 18 March 2012

..outing with sistarss!..


Assalamualaikum!

Dari tengahari sampai ke petang kami berjalan xda arah tuju..semua kedai singgah..dari yang jual pakaian kasut sampai tempat jual barang elektrik..but we had fun today..dah lama tak hang out ramai-ramai..actually xda la ramai pun..just four of us..
mula-mula : aeon jusco bandaraya, ipa beli iron..
then : the store, makan mcD..
last : mahkota parade & dataran pahlawan, cari bag tapi xda yang berkenan..


 aina , ipa , sya
ipa , alia , sya

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday 14 March 2012

..harapan ibu bapa..


Assalamualaikum!

Tengah-tengah dok menyembang dengan parents terfikir plak nak wat entry ni..siapa kita sebagai anak..?apa tanggungjawab kita..?apa yang kita boleh buat untuk senangkan hati mereka..?macam mana seharusnya cara kita bercakap dengan mereka..?macam mana layanan kita selama ni..?selama ni kita dah kurang ajar ke dengan mereka..?kita ni dah jadi anak derhaka ke..?

Masa kita kecil mereka tegur apa yang salah apa yang betul..malah sampai sekarang mereka tak pernah lepas tanggungjawab untuk menegur kita..tapi kenapa selepas penat hampir 20 tahun mereka besarkan kita, kita pula yang tengking maki hamun mereka..?hebat sangat ke kita sampai boleh memaki hamun orang tua sendiri..?dah terlebih banyak sangat ke pahala yang kita buat sehingga kita boleh buat sesuka hati..?tak kan xda sedikit rasa sayang, menghargai dan hormat pada mereka sampai sanggup buat macam tu..kita minta itu dan ini ikut sedap kita..ya, memang mereka akan tunaikan permintaan kita sebab tak sanggup nak tengok kita kecewa..tapi kenapa last-last kita kecewa kan mereka dengan segala apa yang telah mereka bagi..?

Ayah selalu cakap, 'biar tak pandai, asalkan jangan jadi jahat..berapa ramai je orang yang pandai, selebihnya tak pandai..tapi orang tak pandang hina dengan orang yang tak pandai..tapi orang pandang hina pada orang yang jahat..'..ayat tu selalu diulang dari kecil sampai sekarang..tapi kenapa tak pernah lekat kat hati kita..

Hargailah mereka sementara mereka masih ada di depan mata kita..ajal maut xda siapa pun tahu..jangan sampai masa nanti kita menyesal tak sudah..
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..gilak ahhh..berderet-berderet awek nak kan aku..!..


Assalamualaikum!

eyt..perempuan sekarang dah tak kesah sangat handsome or kaya ke tak..asal sedap mata memandang dan cukup makan pakai sudah..setuju tak..??tapi korang mesti takut perempuan lain tergila-gilakan bf korang kan..hebat sangat ke bf korang tuh?haha..mungkin bf korang ada ciri-ciri kat bawah ni or mungkin jugak bf korang tu yang gatal dok layan orang lain..:p  

  • Penampilan yang menarik
Tak semestinya kena ada wajah yang tampan dan kacak untuk membuat perempuan terpikat..lebih penting penampilan yang menarik dan kemas..
  • Punya kelainan
Setiap orang ada kelebihan yang diberikan tuhan berbeza-beza..gunakanlah kelebihan yang ada misalnya kemahiran dalam melukis..pikatlah perempuan dengan lukisan-lukisan kamu..
  • Komunikasi yang baik
Perempuan mudah tetarik dengan lelaki yang ada good communication skills dan boleh berbual tentang apa sahaja..
  • Jaga adab
Bersopan-santun terutama ketika berbual, makan dan berjalan agar tidak menyakitkan mata mana-mana pihak..
  • Ikut rentaknya
Kalau nak perempuan gilakan kamu, ikut rentak dan minatnya..!
  • Pemurah
Sifat perempuan sangat penting kerana perempuan takut kalau-kalau bertemu dengan lelaki yang kedekut..lelaki yang ajak dating, tapi perempuan pula perlu bayar..
  • Berusaha keras
Lelaki yang bekerja keras dan sentiasa berusaha memajukan diri semestinya menjadi idaman setiap perempuan..ini kerana perempuan semestinya mahu mencari seseorang yang boleh menjamin masa depannya..
  • Punya sifat kepimpinan
Lelaki yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan secara tidak langsung adalah seorang lelaki yang berani, serius dan tegas apabila membuat sesuatu perkara..
  • Sense of humor
Kalau nak menjadi tarikan perempuan, pastikan kamu tahu cara untuk membuat perempuan ketawa..
  • Bijak sesuaikan diri
Sentiasa bijak sesuaikan diri dalam apa jua jenis keadaan pun tak kisahlah susah or senang..contohnya apabila bertemu orang tua kamu tahu mengambil hati mereka..


Haaaaaaa...mesti bf korang ade ciri-ciri kat atas ni kan..sebab tu korang asik gaduh je kan..haha..tapi bila kita dah serahkan hati kepada seseorang, kepercayaan dan kesetiaan sangat penting..janganlah sentiasa syak yang bukan-bukan..sedikit ragu-ragu tak mengapa..tapi jangan keterlaluan..takut memudaratkan hubungan kalian..:) ada ciri-ciri lain tak..?meh-meh share..:)

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday 10 March 2012

..happy 26th monthlysary..!..


Assalamualaikum!

cintasayangkamu
Dear, semoga relationship kita kekal sampai akhir hayat dan mendapat redha Nya..thnx untuk segala yang diberi, dipinjam, termintak sendiri and terpaksa bagi untuk 26 bulan yang lepas..buang yang keruh, ambil yang jernih..:)

I  love u..!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 9 March 2012

..ambil berat atau memaksa..?..


Assalamualaikum!

Huuh..serba salah dibuatnya..ok fine memang aku kuat membebel tak pasal-pasal sampai naik rimas orang lain..tapi mana ada sesuka hati nak membebel tak tentu pasal..buang masa je kan..?entahlah..

Ada satu situasi ni..kerja atau bersukan yang penting..?kalau dah keluar main sampai esoknya tak pergi kerja sape pun tak angin kan..cakap sikit mula lah buat-buat tak dengar..sampai rasa nak tulis besar-besar kat dinding 'nak pergi kerja ke tak suka hati, malas nak tegur benda yang sama banyak kali!'then bila rasa nak angin terus slow down..bukan tak kasi keluar main langsung..tapi berpada-pada la kan..


Tapi, apa yang kita selalu nak sampaikan selalu disalah erti..bukan nak paksa buat benda-benda yang tak patut..apa hak kita nak paksa-paksa orang kan..?just cuma nak cakap utamakan yang mana satu lebih penting dalam apa pun yang kita buat..:)

dear, sorry kalau agak keterlaluan selama ney..ily..

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 8 March 2012

..gemuk sebab chocolate..?..


Assalamualaikum!

Semua orang pernah makan coklat..tipula kalau cakap tak pernah kan..tapi betol ke coklat sebabkan kita gemuk..?mana ada pon lah! tahu tak coklat ada banyak manfaat untuk kesihatan..antaranya, coklat kaya falvonoid dan antioksida yang boleh membuatkan kita awek muda..best kan muda sampai ke tua..?haha..:) coklat juga baik untuk melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kadar kolestrol yang jahat dan tingkatkan imunisasi..takde la asyik sakit je kan..yang boleh buat kita gemuk adalah kandungan gula dan lemaknya..kalau tak tahu nak makan yang mana satu, pilihlah DARK CHOCOLATE! :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday 7 March 2012

..7 things yang tak boleh diubah dalam hidup kita sampai mati..



Assalamualaikum!

Saja nak share something..benda yang kita tak boleh ubah sampai kiamat pun..kita mati hidup balik pun tak kan pernah berubah..

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tapi tak mampu mengubah roh (spirit) orang yang berkenaan. Terimalah dirimu seada seikhlasnya, sama ada engkau wanita atau lelaki..

Orang tua
Kita mesti menghormati ibu bapa apa cari sekalipun! Tak kisahlah dah setinggi selangit mana korang belajar or sampai ke celah mana pun, ibu bapa tetap dunia akhirat..Jika orang tua kita seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka selagi mereka tak suruh kita berbuat yang tak baik. Kalau tak takut jadi dalam hidup kita plak nanti..

Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Sekalipun kita tak boleh menyesal sebab memang dah ditentukan..

Bentuk fizikal
Jika kita mempunyai rambut keriting or hidung tak mancung or kulit sawo matang or ape sekalipun, terimalah seadanya. Memang ramai yang kita tengok nak ubah bentuk mukanya, sama ada memancungkan hidung or alis mata dicukur habis, tapi tetap nampak pelik dan tak natural..

Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Janganlah kita sesal apa yang dah berlalu dan jadi melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik pada masa hadapan. So, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan yang lebih produktif dan enovatif..Cehh! :)

Kedudukan dalam keluarga
Tak kisahlah kita sebagai anak bongsu, sulung, tengah ke tepi ke, memang tak boleh diubah dan terimalah seadanya..

Suku bangsa
Kalau kita dilahirkan sebagai orang Melayu, Cina or Jawa, jangan sesekali menyesal. Memang tak boleh nak ubah pun!


Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir..Jika berubah maka berubahlah hidup kita..:) So, sekarang set target apa yang kita nak dalam hidup..Tak kisahlah target untuk masa jangka masa pendek or panjang..Barulah apa yang kita rancang tu menjadi..insyaallah..








Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..long distance love..

Assalamualaikum!

Sejauh mana mampu bertahan..? Kalau dah jodoh tidak ke mana..:)

Advantages: (between us)  :)

iloveyoudamnmuch!!

  • menilai kesetiaan, kepercayaan, kesabaran dan kejujuran both of us..
  • nak sentuh tangan tak sampai..so terhindar daripada melakukan maksiat maka kuranglah dosa..
  • jimat belanja..at least keluar nak kena spend RM50 right..?so can save that money for our future..insyaallah..
  • jumpa sekali sekala lebih bermakna..jumpa selalu pun bosan kan..suatu hari nanti nak kena hadap hari2 jugak kan..
  • cinta+sayang+rindu semakin bertambah..!

Tips bercinta jarak jauh..


1. Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap
Ya, selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada duit, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun sekejap akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta kalian..

2. Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa 'insecurity' pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir "Ah mesti dia ada perempuan lain kat sana, penat je aku setia", Betul ke hubungan ni boleh dibawa ke jinjang pelamin nanti..?Cari sini lagi best."dan---------- Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan remove diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan..

3. Berikan surprise kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah 'selesa' dengan perbuatan dan perwatakan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control. So, letakkan elemen surprise yang bermakna kepada pasangan anda. Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda..






Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 5 March 2012

..no words..


Assalamualaikum!
Eyt..this is the first time where i did create my own blog..i'm totally new here..before this just suka2 bace blog orang laen..i don't know why i create this blog..saje suka2 jugak la kot..:)xpenah ade diary sendiri..so i want to make this place as a medium for keep all the memories throughout my life..that's all..


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com