Monday 18 February 2013

..mandi yeahhh..


Assalamualaikum..!

yo! weekendku dihabiskan dengan aktiviti main air yang tersangatlah best-extreme. dikala celik mata ada pulak org sudi bawak pergi mandi sungai ala-ala air terjun gitu. haha. thnx gler! maka diriku bersama roomate tersayang pergilah memanjakan diri dalam air sungai yang sejuk membeku lagi menghijaukan walaupun macam sepah-kotor-comot sana sini.

tepat pukul 10 pg, ktorg dengan penuh eksaited siap dengan tracksuit bagai . sumpah tak sabar nak sampai. yelah. kalau dengan family ada je alasan tak nak bawak kan. ni bila da terlepas, laju aje. wee. perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. sepanjang perjalanan dapatlah dilihat suasana kampung yang susahlah nak jumpa. tempat yang dituju adalah sungai sedim daerah kulim. okay da macam tourist guide punya ayat -.- sebelum tuh sempat singgah beli nasi ayam 4 bungkus. lebih satu sebab ada yang tamak haloba nak makan banyak. tapi last-last tak dimakan. haishhh.

sampai-sampai je letak bag, sewa pelampung terus terjun dalam sungai. bapak sejuk nak mam***. bermulalah adegan-adegan memalukan dalam air. dengan cik roomate yang terkapai-kapai mintak tolong nak kena hanyut. haha. sumpah lawak. dengan konon nya nak hanyut ngan pelampung dari tempat tinggi. last-last duk sakit belakang terhantuk batu. dengan duk jadi obor-obor lagi. dengan sorang jadi pemberat, jadi enjin ngan jadi stereng+pedal. memang akulah kan jadi pedal nya. yang dua ekoq tuh duk senang lenang duk atas pelampung. hasilnya hari ini tangan aku sakit xleh angkat. dah duk sengayut kat pelampung tu berejam-rejam. memang naik lah muscle-muscle aku kan.

dah dekat 3 jam berendam sampai kecut-kecut, ktorg pun da rasa macam nak balik. gerak 2 lebih macam tuh sampai rumah pukul 4. penatnya kemain lagi. aku memang da terlelap-lelap dah dalam kereta. co-driver yang sangat hampeh boleh tidur. haha. so? balik je kebabommm tidur tak sedar kan diri.

hasilnya, aku telah berjaya menghitamkan diri ku akibat sunburn yang duk ngada-ngada duk lekat kat kulit aku. ishhhh. roomate aku ajak pergi lagi. tapi encik bushuk tak kasi pergi sendiri :( kena tunggu dia balik lah kalau nak pergi lagi. xpe sanggup :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 5 February 2013

..wedding kak ngah - 2.2.13..


Assalamualaikum ..!

tahniah tahniah dan tahniah kepada kak ngah dgn abg zul. selamat pengantin baru. akhirnya korang berdua disatukan. korang sangat-sangatlah sweet-secocok-sepadan kot. semoga cinta korang kekal hingga ke jannah. insyaAllah.


Gedik 1 - pagi sebelum nikah. tiup-tiup sikit kakngah punya berkat kawen tuh. cepat sikit aku sampai seru :p eyh seru dah lama sampai. mama je tak kasi. ok gatal. 

Gedik 2 - dekat masjid. turn aku lepas niyh. aminnnnnnnn
Gedik 3 - hari bersanding. nak jugakkkkk.

Gedik 4 - muka letih-tak leyh blah masing-masing.
Gedik 5 - petang lepas nikah. duk sebok siapkan bunga manggar dgn bunga rampai. duk cabut-cabut tak siap-siap.
Gedik 6 - malam sebelum bersanding esoknya kat dewan. sori kakngah dah rasmi kan ur comel-comel pelamin macam garden-garden gitu. 
Gedik 7 - okay baru perasan kepala aku sume senget.
Gedik 8 - kak ain, kak shima, ipa, jiha sgt bestttt. 

okay. motip hari ni bila plak turn aku niyh? ^^

A part of you in me.
And so you see, it's you and me together forever and never apart,
maybe in distance,
but never in heart.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..5th Feb..


kan ku janji mu untuk setia
ku setia kalau bersabar
kan dengan setiap naik ada turun
memang bukannya hatiku yang rela
memang bukannya hatiku yang setuju

Ya Allah..
Jika dia jodohku, Kau permudahkanlah..
dan jika bukan, Kau jauhkanlah dia dariku..

Jika perasaan ini..menyayanginya keranaMu Kau bantulah kami..
dan jika ianya kerana nafsu semata, Kau jauhkanlah ia dari kami..



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com