Friday 25 October 2013

heyp 4th sem!


Assalamualaikum

Sudah hampir seminggu semester 4 bermula. bermulalah balik kehidupan sebagai seorang pelajar setelah hampir sebulan memanjakan diri membekukan otak di rumah.

Result semester 3 sudah pun keluar. walaupun tidak begitu membanggakan, tapi alhamdulillah dan aku tetap bersyukur dengan setiap inci apa yang Kau berikan dan setiap apa yang Kau ukir tentang perjalanan hidupku. tetapkanlah iman kuatkanlah ingatan ku untuk mengharungi perjalanan hidup yang tidak diketahuinya bila noktahnya.

andai sebuah lirik puitis yang Kau cipta untukku, 
melodi indah yang akan aku mainkan.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 4 October 2013

relationship yang senyap


Assalamualaikum

Apabila sudah menjangkau usia 20an, nampak gayanya ramai yang semakin dan seakan tidak percaya dengan kuasa declaration. Bahasa geli gediknya adalah untuk menjadi couple atau confess. Cuma mungkin ada sedikit sweet apabila ada tarikh anniversary untuk diingati.

Baiklah, aku akui bahawa declaration agak tidak relevan kepada mereka yang mahukan satu hubungan yang lebih simple dan terbuka. Tidak terikat dengan komitmen. Cukup dengan hang out dan mengaplikasikan rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis yang bisa meyakinkan hati keduanya.

Declare ni untuk budak-budak. Apabila sudah dewasa, enjoy the silent relationship lah beb.

Tapi kan, bukan ke silent relationship itu tidak menjamin apa-apa? rational balik, ada jodoh tidak kemana bukan? jodoh itu aturan Dia, tidak perlu dipaksa :) nikmati hidup yang cuma sementara.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 3 October 2013

kadang-kadang ia mudah


Assalamualaikum

Penyatuan hati?
Pembuktian sayang?
Atau cuma sebahagian dari keperluan hidup tanpa disulami sebarang perasaan? Kepuasan?

Pada satu tahap apabila jiwa bersatu dengan akal yang waras, kita merasakan telah berbuat sesuatu yg berlebihan. Tanpa sedar ataupun tidak. Dan jawapan kepada itu adalah berhenti.



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 20 September 2013

-aku tak-


Assalamualaikum.


"kamu bahagia?"

rasanya soalan itu terlalu mudah untuk dijawab, betul kan?

ianya tak.

kenapa?

adakah kamu betul-betul rasa bahagia bila kamu merasakannya?

tidak semua merasakannya, walaupun kelihatan tersenyum dan tertawa. terlalu banyak cerita disebalik senyuman seseorang itu. mungkin ada kesakitan. siapa tahu bukan?

jadi, adakah kamu betul-betul merasakan kebahagiaan tatkala perkataan 'ya' menjadi jawapannya?




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 19 September 2013

Semester 3: Tamat


Assalamualaikum

Alhamdulillah, semester 3 sudah sampai ke penghujungnya. dan mengharapkan result yang lebih baik dari sebelum ini. tidak mengharapkan terlalu tinggi kerana tahu dimana aku berpijak. bukan tiada wawasan mahupun matlamat, tetapi bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. sudah usaha, doa dan tawakal, tiada apa yang perlu dibimbangkan bukan? :)

sudah setahun setengah mengejar ilmu Allah yang tiada penghujungnya. semoga ilmu ini terus lekat dan kekal di dalam hati, semoga ianya diberkati, semoga ianya dapat dipraktikkan ke jalanMu. semoga segala drama yang pernah dimainkan, keemosian yang tidak tentu pasal, kecelaruan hati, usaha, penat lelah dan air mata ini berbaloi dan tidak sia-sia.

kita bertindak mengikut apa yang kita percaya. kita tentukan apa yang kita kehendaki dan mahukan. kita yang membuat pilihan. dengan izin Kau sudah tentu :) ya, perjalanan yang baru sahaja bermula. penuhkan diri dengan ilmu, jangan jatuh. terima kasih ya Allah. semoga Kau permudahkan segalanya. hye semester 4 ^^

# semoga perjalananku ke Melaka lancar dan selamat




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com