Friday 20 September 2013

-aku tak-


Assalamualaikum.


"kamu bahagia?"

rasanya soalan itu terlalu mudah untuk dijawab, betul kan?

ianya tak.

kenapa?

adakah kamu betul-betul rasa bahagia bila kamu merasakannya?

tidak semua merasakannya, walaupun kelihatan tersenyum dan tertawa. terlalu banyak cerita disebalik senyuman seseorang itu. mungkin ada kesakitan. siapa tahu bukan?

jadi, adakah kamu betul-betul merasakan kebahagiaan tatkala perkataan 'ya' menjadi jawapannya?




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 19 September 2013

Semester 3: Tamat


Assalamualaikum

Alhamdulillah, semester 3 sudah sampai ke penghujungnya. dan mengharapkan result yang lebih baik dari sebelum ini. tidak mengharapkan terlalu tinggi kerana tahu dimana aku berpijak. bukan tiada wawasan mahupun matlamat, tetapi bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. sudah usaha, doa dan tawakal, tiada apa yang perlu dibimbangkan bukan? :)

sudah setahun setengah mengejar ilmu Allah yang tiada penghujungnya. semoga ilmu ini terus lekat dan kekal di dalam hati, semoga ianya diberkati, semoga ianya dapat dipraktikkan ke jalanMu. semoga segala drama yang pernah dimainkan, keemosian yang tidak tentu pasal, kecelaruan hati, usaha, penat lelah dan air mata ini berbaloi dan tidak sia-sia.

kita bertindak mengikut apa yang kita percaya. kita tentukan apa yang kita kehendaki dan mahukan. kita yang membuat pilihan. dengan izin Kau sudah tentu :) ya, perjalanan yang baru sahaja bermula. penuhkan diri dengan ilmu, jangan jatuh. terima kasih ya Allah. semoga Kau permudahkan segalanya. hye semester 4 ^^

# semoga perjalananku ke Melaka lancar dan selamat




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 17 September 2013

sumpah malas nak study. xde panjang lagi?


Assalamualaikum


motif? lu pikir r sendiri. apehal kau emo semacam? -.-


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 16 September 2013

infiniti cinta


Assalamualaikum.

satu. aku mahu kamu
dua. kita berdua
tiga. bersama-sama selamanya


#tak kan ada lagi cinta yang setara, kau dan aku :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday 14 September 2013

--dan kalau--


Assalamualaikum

tiada masa mencari masa
tiada ruang mencari ruang
tiada peluang mencari peluang 
dan kalau itu kau kalau itu aku
tiada yang lain antaranya
masa ruang peluang tiada penghujungnya



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 10 September 2013


Assalamualaikum


terima kasih terima kasih terima kasih sebab sabar sabar tersangatlah sabar dengan perangai dan karenah kuh :)

# 3 tahun 8 bulan #
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 8 September 2013

Final Semester 3: 9 - 19 Sept


Assalamualaikum

okay kau memang tak sedar diri esok dah start final kan. kesah plak? -.- huh. semoga semuanya berjalan dengan lancar, permudahkan menjawab soalan dengan tenang dan kuatkanlah ingatanku. mengharapkan yang terbaik. semoga rezeki menyebelahi diriku dan kami semua. insyaAllah :)

# simpan alasan masing-masing, hidup seperti biasa, tiada apa yang perlu ditegakkan. atas alasan apa pun, rational didahului. ^^


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

rational dan emotional.


Assalamualaikum.

okay hari ni kita membincangkan tentang isu rational. okay dah macam ahli panel mana pulak.
okay adik-adik tahu tak apa erti rational? dah macam cikgu tadika.
okay rational dari segi bahasa adalah ------- kau dah kenapa =.=''

''rational is higher than emotional'' dipetik dari mulut siapa tah.

semuanya memerlukan rational. salahkah emotional kalau mempertahankan sesuatu yang sepatutnya boleh dirationalkan? owh emotional kenapa lah kau wujud. -.- kalau semua benda kena rational kan dulu, alangkah beruntungnya kau rational. tahniah tahniah kau mengatasi segalanya. :) maka berhati batu lah semua manusia di dunia tanpa perasaan. dan apa masalah kau emotional nak menyebok dalam hidup aku? aku over sebab kau emotional. tolonglah pergi main jauh-jauh. rational weyh rational. semua akan rasa betul sebab semua benda ada rational nya kan? jyeahhhh hidup tanpa masalah lepas nih. terima kasih rational menyedarkan aku erti hidup terlalu singkat untuk diemotionalkan. ^^

aku ada masalah dengan perkataan rational malam nih. masuk exam sebenarnya nih. haishhh.



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com