Friday 25 October 2013

heyp 4th sem!


Assalamualaikum

Sudah hampir seminggu semester 4 bermula. bermulalah balik kehidupan sebagai seorang pelajar setelah hampir sebulan memanjakan diri membekukan otak di rumah.

Result semester 3 sudah pun keluar. walaupun tidak begitu membanggakan, tapi alhamdulillah dan aku tetap bersyukur dengan setiap inci apa yang Kau berikan dan setiap apa yang Kau ukir tentang perjalanan hidupku. tetapkanlah iman kuatkanlah ingatan ku untuk mengharungi perjalanan hidup yang tidak diketahuinya bila noktahnya.

andai sebuah lirik puitis yang Kau cipta untukku, 
melodi indah yang akan aku mainkan.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 4 October 2013

relationship yang senyap


Assalamualaikum

Apabila sudah menjangkau usia 20an, nampak gayanya ramai yang semakin dan seakan tidak percaya dengan kuasa declaration. Bahasa geli gediknya adalah untuk menjadi couple atau confess. Cuma mungkin ada sedikit sweet apabila ada tarikh anniversary untuk diingati.

Baiklah, aku akui bahawa declaration agak tidak relevan kepada mereka yang mahukan satu hubungan yang lebih simple dan terbuka. Tidak terikat dengan komitmen. Cukup dengan hang out dan mengaplikasikan rasa hati dengan senyuman, pandangan dan kata-kata manis yang bisa meyakinkan hati keduanya.

Declare ni untuk budak-budak. Apabila sudah dewasa, enjoy the silent relationship lah beb.

Tapi kan, bukan ke silent relationship itu tidak menjamin apa-apa? rational balik, ada jodoh tidak kemana bukan? jodoh itu aturan Dia, tidak perlu dipaksa :) nikmati hidup yang cuma sementara.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 3 October 2013

kadang-kadang ia mudah


Assalamualaikum

Penyatuan hati?
Pembuktian sayang?
Atau cuma sebahagian dari keperluan hidup tanpa disulami sebarang perasaan? Kepuasan?

Pada satu tahap apabila jiwa bersatu dengan akal yang waras, kita merasakan telah berbuat sesuatu yg berlebihan. Tanpa sedar ataupun tidak. Dan jawapan kepada itu adalah berhenti.



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 20 September 2013

-aku tak-


Assalamualaikum.


"kamu bahagia?"

rasanya soalan itu terlalu mudah untuk dijawab, betul kan?

ianya tak.

kenapa?

adakah kamu betul-betul rasa bahagia bila kamu merasakannya?

tidak semua merasakannya, walaupun kelihatan tersenyum dan tertawa. terlalu banyak cerita disebalik senyuman seseorang itu. mungkin ada kesakitan. siapa tahu bukan?

jadi, adakah kamu betul-betul merasakan kebahagiaan tatkala perkataan 'ya' menjadi jawapannya?




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 19 September 2013

Semester 3: Tamat


Assalamualaikum

Alhamdulillah, semester 3 sudah sampai ke penghujungnya. dan mengharapkan result yang lebih baik dari sebelum ini. tidak mengharapkan terlalu tinggi kerana tahu dimana aku berpijak. bukan tiada wawasan mahupun matlamat, tetapi bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. sudah usaha, doa dan tawakal, tiada apa yang perlu dibimbangkan bukan? :)

sudah setahun setengah mengejar ilmu Allah yang tiada penghujungnya. semoga ilmu ini terus lekat dan kekal di dalam hati, semoga ianya diberkati, semoga ianya dapat dipraktikkan ke jalanMu. semoga segala drama yang pernah dimainkan, keemosian yang tidak tentu pasal, kecelaruan hati, usaha, penat lelah dan air mata ini berbaloi dan tidak sia-sia.

kita bertindak mengikut apa yang kita percaya. kita tentukan apa yang kita kehendaki dan mahukan. kita yang membuat pilihan. dengan izin Kau sudah tentu :) ya, perjalanan yang baru sahaja bermula. penuhkan diri dengan ilmu, jangan jatuh. terima kasih ya Allah. semoga Kau permudahkan segalanya. hye semester 4 ^^

# semoga perjalananku ke Melaka lancar dan selamat




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 17 September 2013

sumpah malas nak study. xde panjang lagi?


Assalamualaikum


motif? lu pikir r sendiri. apehal kau emo semacam? -.-


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 16 September 2013

infiniti cinta


Assalamualaikum.

satu. aku mahu kamu
dua. kita berdua
tiga. bersama-sama selamanya


#tak kan ada lagi cinta yang setara, kau dan aku :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday 14 September 2013

--dan kalau--


Assalamualaikum

tiada masa mencari masa
tiada ruang mencari ruang
tiada peluang mencari peluang 
dan kalau itu kau kalau itu aku
tiada yang lain antaranya
masa ruang peluang tiada penghujungnya



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 10 September 2013


Assalamualaikum


terima kasih terima kasih terima kasih sebab sabar sabar tersangatlah sabar dengan perangai dan karenah kuh :)

# 3 tahun 8 bulan #
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 8 September 2013

Final Semester 3: 9 - 19 Sept


Assalamualaikum

okay kau memang tak sedar diri esok dah start final kan. kesah plak? -.- huh. semoga semuanya berjalan dengan lancar, permudahkan menjawab soalan dengan tenang dan kuatkanlah ingatanku. mengharapkan yang terbaik. semoga rezeki menyebelahi diriku dan kami semua. insyaAllah :)

# simpan alasan masing-masing, hidup seperti biasa, tiada apa yang perlu ditegakkan. atas alasan apa pun, rational didahului. ^^


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

rational dan emotional.


Assalamualaikum.

okay hari ni kita membincangkan tentang isu rational. okay dah macam ahli panel mana pulak.
okay adik-adik tahu tak apa erti rational? dah macam cikgu tadika.
okay rational dari segi bahasa adalah ------- kau dah kenapa =.=''

''rational is higher than emotional'' dipetik dari mulut siapa tah.

semuanya memerlukan rational. salahkah emotional kalau mempertahankan sesuatu yang sepatutnya boleh dirationalkan? owh emotional kenapa lah kau wujud. -.- kalau semua benda kena rational kan dulu, alangkah beruntungnya kau rational. tahniah tahniah kau mengatasi segalanya. :) maka berhati batu lah semua manusia di dunia tanpa perasaan. dan apa masalah kau emotional nak menyebok dalam hidup aku? aku over sebab kau emotional. tolonglah pergi main jauh-jauh. rational weyh rational. semua akan rasa betul sebab semua benda ada rational nya kan? jyeahhhh hidup tanpa masalah lepas nih. terima kasih rational menyedarkan aku erti hidup terlalu singkat untuk diemotionalkan. ^^

aku ada masalah dengan perkataan rational malam nih. masuk exam sebenarnya nih. haishhh.



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 22 August 2013

rumahku syurgaku ^^


Assalamualaikum.

sekarang dah 6.35pm. nak balik Melaka ke tak? haishhh. nak balik rumah sendiri pun nak kena fikir banyak kali ke -.- tapi confirm sampai pukul 2 3 pagi kang. balik sorang pulak tuh. dengan tak tidur nya malam tadi. aje tak sampai Melaka. huh. mintak dijauhkan. xpa. Allah ada. mati itu pasti. :)

jika kesempurnaan yang kau inginkan, aku tiada untuk itu.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 20 August 2013

kemabukankeemosiankemelampauan.


Assalamualaikum..


aku ada kawan. nama dia veknes. dia masuk air. dia suka jogging pusing-pusing. konon nak kuruslah. tapi dia makan banyak gilaaaaaa. suka duk dengar lagu apa tah yang dia sorang je faham. apelah kan. kbye. 

dari ke tajuk sampai ke entry langsung xda kena mengena. suka hati akulah kan? 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 16 August 2013

-- 9 aidilfitri --


Assalamualaikum.


sangat cepat masa berlalu.
sangat hampir juga kita dengan kematian.
nauzubillah

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 15 July 2013

tuh kau ke?


Assalamualaikum.

Allah tak bagi sesuatu kat kita dengan sia-sia atau bagi semata-mata macam tuh je. macam yang kita selalu dengar, "everything happens for a reason".

nikmat, kesenangan, musibah, dugaan atau kesusahan yang Allah bagi tuh ada sebabnya ada hikmahnya. Allah bukan saja-saja bagi kau result cemerlang, bagi kau sihat, bagi kau masalah, bagi kau benda yang kau tak suka dan bagi kau apa-apa je lah. a part of all that things ada bahagian orang lain juga yang kita tak sedar kadang-kadang. setiap orang ada bahagian masing-masing.

bukan semua harta kita adalah rezeki kita.
bukan semua milik kita adalah hak kita.

dan satu lagi Allah datangkan orang-orang tertentu dalam hidup kau pun bukan saja-saja Dia nak datangkan. anggap tuh semua ujian dari Allah untuk kau. mungkin untuk kau lebih mengenali dan mematangkan diri kau. Dia dah bagi kau nikmat macam-macam, tak kan nak uji sket pun tak boleh kot. jangan mengaku dah cukup beriman andai tak dibadai ujian. ceh ayat nak badai-badai bagai. :p

sabar kan separuh daripada iman. kan? ke tak kan?

apa pun yang Allah bagi, janganlah malu malu ayam nak bersyukur. jangan mudah alpa jangan mudah lalai dan jangan mudah lupa. semua ni tentang diri sendiri. bukan untuk sesiapa atau ditujukan kepada sesiapa. tapi kalau sesiapa tuh terbaca harap ambil sesuatu bukan terkedu.

dalam hidup ni, ada tiga panggilan daripada Allah yang wajib mesti perlu kita sahut. pertama, panggilan azan. kedua, panggilan haji. and lastly, panggilan mati. nak tak nak kita wajib sahut dan sambut panggilan ni. bukan kerja nak sambut panggilan phone je tau. grrrr.

dan

terkadang bukan semua apa yang kita tunjuk itu apa yang kita rasa. sayang, kasih, bertemu dan berpisah lillahi taala.


#as we have Allah, we have everything. masha Allah!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 24 June 2013

sacrifice. yeke? kot.


Assalamualaikum.



"I want you to be happy
and if it's not with me
but with her
that's fine.
Because you're the only person I have loved enough
to put before myself.
Seeing you happy
makes me happy
and that's what love is...
Right?"

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 23 June 2013


Assalamualaikum.



We may love a wrong person
We may cry over for a wrong person 
but
One thing is for sure
They give us a chance to find the right person 
♥♥♥

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 20 June 2013

realisitik.


Assalamualaikum.

Aku sering berada disini. bukan sering memang hari-hari pun. maksud aku dalam keadaan terkeliru pening-pening lalat. optimis atau pesimis, kerana keduanya mahukan aku jadi realistik. misalnya, awal percintaan. aku terkadang optimis untuk berjaya dalam cinta yang aku idam, namun hati berbisik, bahawa aku harus realistik dengan diri aku, aku serba kekurangan lantas menjadikan aku pesimis dengan cinta. ya, banyak sangat kurangnya.

Ada waktu juga, aku pesimis dalam cinta, hati pula berbisik, asik berbisik je kau dari tadi -.- aku boleh lakukan, aku ada keupayaan, aku kembali optimis. dan itulah yang terjadi berulang kali. kononnya cinta boleh mengatasi segalanya. puihhhhhh. haha.

Aku mahu realistik tapi untuk realistik aku harus memilih untuk jadi optimis atau pesimis dan aku memilih pesimistik.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 16 June 2013

kepesanan kehatian.


Assalamualaikum.

ya, selama ni aku sedar
sedar kedudukan sedar ruang
terlalu sedar sangat sedar
tetapi apabila keluar dari mulut kau sendiri
aku jadi terlalu sedar dimana aku berpijak
tidak meminta yang langsung tidak sepatutnya
aku tarik setarik-tariknya
aku undur seundur-undurnya
cuma menghargai sebuah persahabatan :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday 15 June 2013



" sya, giler ke? "

F.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 31 May 2013

berhati-hati dengan hati.



Assalamualaikum.

pejam rapat-rapat
tarik dalam-dalam
teleku kejap-kejap

katup rapat simpan kunci
kepada Tuhan aku pulangkan

yang hina kerdil masih tak putus harap
terima kasih Allah
atas sebaik-baik perancanganMu


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 21 May 2013

kebodohan hati.


Assalamualaikum. 

semakin banyak aku mencuba semakin sakit parah nak telentang tergolek-golek rasanya. dan aku dah cuba sedaya-upaya untuk mengabaikannya. 

mungkin sebab inilah masanya untuk aku memilih untuk membuat keputusan untuk tidak tersilap untuk kepuasan. apa masalah kau dengan untuk? grrrr. dan aku telah memilih untuk study medicine  demi cita-cita tetapi hati tidak sepenuhnya. okay xde kena mengena. 

tapi. kalau sakit kenapa nak teruskan? huh, syaa? kenapa?

kau memang bodoh. 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 19 May 2013

semaksarat.



Assalamualaikum.

Moga jalan yang aku pilih sekarang, jalan yang aku duduki sekarang, jalan yang aku mahu pegang sekarang adalah antara jalan terpilih untuk aku. Untuk kesekian kalinya, aku meminta lagi.

Pegang aku, Tuhan.

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 17 May 2013

Denial.


Assalamualaikum.

Pernah tak ada seseorang tak kisah lah siapa pon orang tu pada kita; kekasih atau kawan, yang sangat memahami kita, very supportive, always be there when we need someone to talk to, untuk dengar segala bebelan mak nenek kita, tapi tak pernah rasa rimas atau jemu apetah lagi menyampah.

Ada?

Walaupon dia tahu kadang-kadang kita cuma ada dengan dia bila kita perlukan dia je, maksudnya bila kita rasa sedih atau xde siapa yang kita nak mengadu. Jadi, dia sentiasa ada, walaupun cuma untuk itu. Bila kita gembira, kita lupakan dia.

Kita hargai dia cuma kerana dia ada masa kita sedih, tapi tak pernah hargai masa kita gembira. Kita gunakan dia. Mungkin masa tu kita cuma terlalu taksub untuk perkara-perkara baru. Taksub bersama-sama rakan untuk enjoice. Kita remaja. Berdarah panas orang kata, kan?

Tapi, bila kita dah meningkat dewasa, bila kita mula tahu untuk menghargai seseorang tu, kita mula sedar, yang dia sebenarnya lebih berharga daripada orang yang ada masa kita gembira sahaja. Tapi masa tu, mungkin dah terlalu lambat untuk kita kenang balik kan?

Sedih? Ya.
Menyesal? Mungkin.
Rindu? Ada.

Jadi, hargailah orang yang sentiasa ada masa susah kita. Don't take people for granted. Appreciate them. Sekarang, aku rindu dia, kau dan semua yang pernah aku abaikan. Aku menyesal.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 14 May 2013

takdir-aturan-perancangan


Assalamualaikum.

aku faham perasaan kau
terlalu faham
bukan sehari aku kenal kau
bukan setahun hati kita bersatu
sudah masak dengan perangai masing-masing.

semuanya salah aku
kau tak pernah ada salah apa-apa
kau terlalu baik untuk aku
terlalu sabar dengan karenah aku
aku hargai segala pengorbanan, perhatian dan cinta kau.

terus terang
aku tak pernah terniat untuk buat kau terluka
aku tak pernah terlintas untuk buat kau kecewa
sebab aku tau betapa sakitnya dilukai dikecewakan
sebab aku tau betapa pedihnya diabaikan.

harapan cuma
jangan terlalu berharap padaku
jangan terlalu mengharapkan cintaku
bukan tidak bersungguh untuk mempertahankan
bukan niat untuk menjauh
tetapi aku sangat takut takdir tidak menyebelahi kita
ya sangat takut.

maaf dengan segala kelakuanku
maaf dengan segala layananku
maafkan segalanya
percaya pada takdir
percaya pada aturan Allah :)



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 6 May 2013

ya katakan ya.


Assalamualaikum.

buktikan kalau kau ada
buktikan kalau kau sayang
buktikan kalau kau cinta
buktikan kalau kau milikku.

jangan buat aku ragu keikhlasan kau
jangan buat aku ragu kasih sayang kau.


iloveyou.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 29 April 2013

jangan dia.


Assalamualaikum.

penat ya sangat penat
tak kuat untuk menanggung
tak kuat untuk pertahankan seorang diri
aku perlukan kau.

kenapa tak pernah nak mudah
tolong jangan terlalu mendesak
tolong jangan terlalu memaksa
bukan mudah untuk aku lakukan
kasih sayang cinta pengorbanan tidak boleh dipandang sepi
beri aku masa
beri aku peluang
beri aku ruang untuk buktikan segalanya.

jangan bagi aku pilihan
sesungguhnya kau bukan untuk dipilih
hati dan perasaan tidak pernah menipu.

aku sangat berharap
ya terlalu berharap itu menyakitkan
tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan
cuma pengertian perasaan ku.





Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 23 April 2013

Monday 22 April 2013

Mr Bad Luck !


Assalamualaikum..!

pernah tak kau 
buat benda yang langsung kau tak pernah buat?
buat benda yang langsung tak masuk akal?
buat benda yang langsung tiada untungnya?
apabila dah jadi
ooohhh patutla pun
ooohhh nasib baik buat kan
banyakla kau punya ooohhhhh
eyh macam tahu tahu je kan ada benda nak jadi?
kenapa jadi kat kau?
dan akhirnya bila kau duduk diam berangan
kau akan sedar kebesaran Tuhan
kau akan sedar betapa kecilnya kau
kau akan sedar setiap yang berlaku ada hikmahnya
kau akan sedar setiap yang berlaku sudah takdir Nya 
dan nasib baik kat Kepala Batas :)



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 18 April 2013

Part 3#


Assalamualaikum..!

Masa berlalu sangat pantas. ya tersangatlah pantas. jangan salahkan masa kalau kau tak pernah mengejar. tiga hari lagi semester baru akan start. yeee sangat laju okay. habis dah sebulan cuti sem yang dihabiskan dengan bermalas-malasan kat rumah.

excited? ya sangat.
kenapa? xtau. -.-

aku tak nak buang masa. tiap-tiap malam tidur awal
aku tak nak keluar malam. pasar malam tak boleh tinggal. jumaat malam wajib movie. grrr.
aku tak nak study last minute. okay tak payah nak menipu sangat
aku tak nak fail mini test
aku tak nak fail paper

aku nak naikkan CGPA. insyaAllah :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday 17 April 2013

kau ke?


Assalamualaikum..!

pernah tak kau rasa susah nak buat pilihan?
nak yang tu ke nak yang ni
ke tak nak langsung
tu kau yang bermasalah

contohnya
dia ke jodoh kau?
dia ke orang yang boleh bimbing kau?
dia ke cinta terakhir kau?

kadang-kadang macam rasa ada jawapan
tapi betul ke tak
jangan buat keputusan ikut sedap hati
jangan pilih sesuatu tapi kau tak tengok kesannya
hidup bukan boleh suka-suka patah balik
jangan biarkan syaitan kuasai hati kau
tetapkan iman
tetapkan hati

tapi
walau macam mana kau teliti sangat pun buat keputusan
tak semestinya kau tak kan silap
kalau silap jangan gelabah
ambil iktibar

istikharah. doa. tawakal.
insyaAllah semuanya okay

kau ada Allah
kau ada ibu bapa
kau ada kawan-kawan
kau bukan berseorangan!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 16 April 2013

blah boleh?


Assalamualaikum..!

Ditinggalkan?
Mudah.
Cari lain.
yeahhhhhh
-syaa-



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 15 April 2013

FYI


Assalamualaikum..!

"Pandangan pertama tu penentu", Syaa

Semua orang judge kita dari apa yang mereka nampak. Tak semua benda kita boleh jelaskan. Tapi, kalau beri penjelasan pun belum tentu mereka boleh faham dan terima. Termasuklah orang yang kita rasa benar benar kenal kita, Biarlah mereka nak kata apa pun. Asalkan kita tahu mana letaknya yang betul dan yang salah. Kita tahu, Tuhan pun tahu, awak tak kan tahu. 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 12 April 2013

..aku bukan kau..


Assalamualaikum..!

kadang kadang aku rasa cengeng
kadang kadang aku rasa lembik
kadang kadang aku rasa lemah gemalai tak boleh bangun
apa nak jadi dengan kau?
kau ingat hidup ni boleh bergantung kat orang lain?
kau ingat orang lain boleh suapkan kau nasi?

apa kau dah buat selama ni
sembahyang kau penah berubah ke?
ke dari start umur 7 tahun sampai sekarang ni kau baca surah yang sama?
masyaAllah
berubah sementara boleh berubah
tingkat kan amal kau
antara nak atau pun tak je
antara sebaris alasan ataupun mak nenek punya alasan

apa kau dah bagi pada mak ayah kau
kau tahu menyusahkan je kan?
kau ada hidup sekarang
kau ada otak boleh fikir sendiri
jangan nak harapkan diorang tolong buat keputusan
bukan bermakna membelakangkan
minta nasihat minta cadangan minta pendapat
bukan membebankan.

tahun kedua pengajian
dah habis setahun aku jadi student perubatan
apa aku dapat?
apa yang aku nak mulanya?
tolonglah tetapkan niat kau yang asal
jangan buang masa
jangan merayap tak tentu hala je kerja
tak payah nak tidur awal ikut sedap mata je
kau nak bunuh patient ke nanti?
tanggungjawab kau sedar tak
berubah berubah berubah

hidup ni kadang kadang tak seperti yang dirancang
berkawan dengan orang lain
bercinta dengan orang lain
bertunang dengan orang lain
tup tup tap tap tip tip
kahwin dengan orang lain
antara kau dan aku
perancangan memang indah
apa pun jadi dari sekarang empat lima enam tujuh tahun akan datang
andai jodoh kita aku terima seikhlasnya
sangat bersyukur
andai tidak, jangan pernah salahkan takdir
sememangnya aku tak pernah menyesal sayang kau!

sedar diri sedar ruang sedar kedudukan
berfikir secara matang bukan emo memanjang
hey kau dah 21 tahun okay!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 29 March 2013

..25/26-3..


Assalamualaikum..

kadang-kadang kita rasa takdir itu kejam
kenapa memilih kita untuk melaluinya
beribu hati berjuta perasaan kenapa kita yang diuji
menyayangi yang bukan hak itu sangat perit
untuk memiliki hanyalah mimpi
hati dan perasaan menghubungkan
tetapi tidak akan pernah bersatu
mencipta kenangan sangat mudah
melupakan tidak sekali
aku kalah dengan kau.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 10 March 2013

..tiga.puluh.lapan..


Assalamualaikum.


hey. kau tau tak kau tau tak kau tau tak. kita dah 38 bulan kot. gler lama kan. sumpah aku bahagia dengan kau. terima kasih sebab ada dengan aku selama ni.
aku rindu kau la giler.

**giler kasar. tak romantik langsung. kesah?

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 8 March 2013

..eyh awak !..


Assalamualaikum..

makin lama kita kenal dia
makin sayang kita dekat dia
sebab makin lama kita kenal dia
makin banyak kenangan tercipta 


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 1 March 2013

..istikharah cinta..


Assalamualaikum..:)

Baru balik dari tengok movie sebenarnya. beautiful creature. story line yg sgt slow-lembap-membosankan. sampai tunggu bila lah cerita ni nak habis. buat perabih duet ja. takpe lah sekurang-kurangnya masaku tidak terisi dengan tidur semata-mata. huh. 

Okay aku percaya, selagi kita jumpa orang lain yang boleh buat hati kita tak tenang-tidur tak lena-mandi tak basah-makan tak kenyang, selagi itu lah kita belum jumpa cinta yang sebenarnya. motif? 

Dua situasi.

- seseorang yang selevel dari segi keluarga dan keturunan, sayang kita macam nak mati, tapi hati kita tidak sepenuhnya.

- seseorang yang jauh perbezaannya dengan kita, hatinya tidak akan pernah menjadi milik kita, tapi kita tersangatlah berharap dia untuk kita selamanya. *drama drama

**pesan mama, pilihlah orang yang menyayangi kita supaya kita lebih mudah untuk menerima -.-

Kenapa setiap apa yang kita nak, tak berjalan seperti yang diharap? rela dipermainkan atau mempermainkan? orang kata, ikut kata hati mati, ikut kata rasa binasa. hmmm. tapi sekarang sedang mengikut kata hati yang tidak tahu mana tujuan dan penghujungnya.

Sekuat mana kita setia
Sehebat mana kita merancang
Selama mana kita menunggu
Sekeras mana kita bersabar
Sejujur mana kita menerima dirinya

Jika takdir Allah menentukan yang kita bukan dengan dirinya, kita tidak akan bersama dengannya. Jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya, kita tetap akan bersama dirinya. 
Kerana tulang rusuk dan pemiliknya takkan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat. insyaAllah. :)



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday 18 February 2013

..mandi yeahhh..


Assalamualaikum..!

yo! weekendku dihabiskan dengan aktiviti main air yang tersangatlah best-extreme. dikala celik mata ada pulak org sudi bawak pergi mandi sungai ala-ala air terjun gitu. haha. thnx gler! maka diriku bersama roomate tersayang pergilah memanjakan diri dalam air sungai yang sejuk membeku lagi menghijaukan walaupun macam sepah-kotor-comot sana sini.

tepat pukul 10 pg, ktorg dengan penuh eksaited siap dengan tracksuit bagai . sumpah tak sabar nak sampai. yelah. kalau dengan family ada je alasan tak nak bawak kan. ni bila da terlepas, laju aje. wee. perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. sepanjang perjalanan dapatlah dilihat suasana kampung yang susahlah nak jumpa. tempat yang dituju adalah sungai sedim daerah kulim. okay da macam tourist guide punya ayat -.- sebelum tuh sempat singgah beli nasi ayam 4 bungkus. lebih satu sebab ada yang tamak haloba nak makan banyak. tapi last-last tak dimakan. haishhh.

sampai-sampai je letak bag, sewa pelampung terus terjun dalam sungai. bapak sejuk nak mam***. bermulalah adegan-adegan memalukan dalam air. dengan cik roomate yang terkapai-kapai mintak tolong nak kena hanyut. haha. sumpah lawak. dengan konon nya nak hanyut ngan pelampung dari tempat tinggi. last-last duk sakit belakang terhantuk batu. dengan duk jadi obor-obor lagi. dengan sorang jadi pemberat, jadi enjin ngan jadi stereng+pedal. memang akulah kan jadi pedal nya. yang dua ekoq tuh duk senang lenang duk atas pelampung. hasilnya hari ini tangan aku sakit xleh angkat. dah duk sengayut kat pelampung tu berejam-rejam. memang naik lah muscle-muscle aku kan.

dah dekat 3 jam berendam sampai kecut-kecut, ktorg pun da rasa macam nak balik. gerak 2 lebih macam tuh sampai rumah pukul 4. penatnya kemain lagi. aku memang da terlelap-lelap dah dalam kereta. co-driver yang sangat hampeh boleh tidur. haha. so? balik je kebabommm tidur tak sedar kan diri.

hasilnya, aku telah berjaya menghitamkan diri ku akibat sunburn yang duk ngada-ngada duk lekat kat kulit aku. ishhhh. roomate aku ajak pergi lagi. tapi encik bushuk tak kasi pergi sendiri :( kena tunggu dia balik lah kalau nak pergi lagi. xpe sanggup :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday 5 February 2013

..wedding kak ngah - 2.2.13..


Assalamualaikum ..!

tahniah tahniah dan tahniah kepada kak ngah dgn abg zul. selamat pengantin baru. akhirnya korang berdua disatukan. korang sangat-sangatlah sweet-secocok-sepadan kot. semoga cinta korang kekal hingga ke jannah. insyaAllah.


Gedik 1 - pagi sebelum nikah. tiup-tiup sikit kakngah punya berkat kawen tuh. cepat sikit aku sampai seru :p eyh seru dah lama sampai. mama je tak kasi. ok gatal. 

Gedik 2 - dekat masjid. turn aku lepas niyh. aminnnnnnnn
Gedik 3 - hari bersanding. nak jugakkkkk.

Gedik 4 - muka letih-tak leyh blah masing-masing.
Gedik 5 - petang lepas nikah. duk sebok siapkan bunga manggar dgn bunga rampai. duk cabut-cabut tak siap-siap.
Gedik 6 - malam sebelum bersanding esoknya kat dewan. sori kakngah dah rasmi kan ur comel-comel pelamin macam garden-garden gitu. 
Gedik 7 - okay baru perasan kepala aku sume senget.
Gedik 8 - kak ain, kak shima, ipa, jiha sgt bestttt. 

okay. motip hari ni bila plak turn aku niyh? ^^

A part of you in me.
And so you see, it's you and me together forever and never apart,
maybe in distance,
but never in heart.


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..5th Feb..


kan ku janji mu untuk setia
ku setia kalau bersabar
kan dengan setiap naik ada turun
memang bukannya hatiku yang rela
memang bukannya hatiku yang setuju

Ya Allah..
Jika dia jodohku, Kau permudahkanlah..
dan jika bukan, Kau jauhkanlah dia dariku..

Jika perasaan ini..menyayanginya keranaMu Kau bantulah kami..
dan jika ianya kerana nafsu semata, Kau jauhkanlah ia dari kami..



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday 30 January 2013

..30th Jan..


Assalamualaikum..!

hai uolllssss. ^_^ baru balik dari kelas act. tersangatlah penat mengantuk and rasa nak tidur tak nak bangun-bangun dah. pagi tadi ada test biochem. memang tersangatlah hampeh. penat je stay up last night. *padan muka sape suruh study last minit. 5 hari cuti tak reti duk diam kat umah. then, dean bagi briefing pasal exam repeat year repeat sem and whatsoever. tak pay att pun sebab perut dah membebel send impulse kat hypothalamus mintak telan nasi. macam buat theory sendiri je. haha. yang paling best aku dengar ktorang akan dihantar posting whether H. Kepala Batas, H. Seberang Jaya or H. Langkawi time clinical year nanti. ohh tidak Langkawi. boleh bayangkan betapa bosannya tercampak kat sana. huh. okay enough. xde motip sebenarnya hari niyh. :p

Allah has a purpose for your pain
a reason for your struggles and a reward
for your faithfulness.

Don't give up!

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday 27 January 2013

..tinggi melangit..


Assalamualaikum..!

Orang kata, kalau dah berada kat puncak kejayaan, kena selalu pandang ke bawah. ingat balik semua orang yang da susah payah tolak kau sampai naik kat puncak tuh. tapi seperti yang kita semua tau, lumrah manusia lumrah alam lumrah duniawi, bila rasa dah ada kat atas, mula la nak mendongak tak kena tempat.

aku penah rasa macam-macam dah selama hampir 21 tahun aku duk kat dunia ni. aku penah rasa di-reject, aku pernah rasa apehal la aku buat benda nih, aku pernah rasa salah buat decision, aku pernah rasa kalau la boleh patah balik kan, aku pernah frust apa yang aku nak tak dapat, aku pernah rasa benda yang aku plan tak pernah nak menjadi. and last aku pernah rasa yang aku memang tak kan dapat capai cita-cita aku. mustahil la kan belajar main-main nak dapat apa yang aku nak. biasalah tak semestinya apa yang kita harapkan tu akan jadi kenyataan dan yang lebih jelas tak semestinya bercinta tuh berakhir dengan pernikahan. ok xde kena mengena. tapi kesimpulannya kita tak boleh nak dapat apa je pun tapi izin dari Nya.

sedar diri weyhhhh. SEDAR DIRI. aku kat mana sekarang? berpijak dibumi yang nyata. turun katil sekarang lompat-lompat atas lantai kalau tak sedar jugak. aku ada segalanya. aku ada Allah yang aku boleh share masalah anytime, aku ada family yang sangat sporting, aku ada kawan-kawan sekelas yang tersangatlah happening, aku ada yang tersayang-tersayang-tersayang yang boleh teman aku bila-bila masa pun. okay banyaknya tersayang. haha. dan sekarang aku tinggal selangkah je nak capai cita-cita aku.

tapi. hmmm. kenapa sampai sekarang aku tak tau apa yang aku nak dalam hidup. dah dapat apa yang nak, pastu malas plak tu nak study. da puas ke aku dengan apa yang aku ada sekarang? apa lagi target aku dalam hidup lepas ni? tak kan belajar takat tu je kan? bila nak kahwin?

itulah manusia yang tak pernah puas dengan apa yang ada sekarang tapi tak pernah nak bersyukur. bukan maksudnya kita puas dengan apa yang kita ada, tu dah macam xde matlamat hidup la plak kan. bagi aku. hidup kena ada target. kena tau apa yang kita buat. kena ada plan lima, sepuluh tahun akan datang. bukan semua benda boleh ikut flow macam tu je. sekali flow tu masuk salah lorong, habis melingkup.

aku bukan jenis yang ikot flow. tu bukan aku. aku tahu apa yang aku nak. selagi tak dapat memang aku akan dapatkan sampai aku memang betul-betul dapat.

semoga budak kat atas ni jadi orang yang jauh lebih baik, tau diri, tau kat mana. 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..Speak Good or Speak Nothing..



mengumpat-mengata-mengeji-cakap kosong-mencarut-maki sana sini macam dah xde hal da bagi aku. bila xde benda nak buat. duk cari bahan nak bahan orang lain. macam nak terbalik kebelakang rasanya bila pikir-pikir balik apa yang aku dah buat. macam tu ke guna nikmat lidah yang sepatutnya digunakan untuk bercakap benda elok-elok? masyaAllah. tiba-tiba lidah tu terputus baru nak padan dengan muka. apa pun tak boleh kang. apa yang orang kena bahan tu rasa? macam mana pulak kalau aku dekat tempat dia? boleh buat pekak-dunno-xtau je ke? haishhh. dah bergunung berbukit dah rasanya dosa aku buat duk ngata orang lain. bila plak aku nak cari orang yang aku da sengaja duk ngata tuh? macam mana kalau tiba-tiba aku mati accident kejap lagi? mintak dijauhkan. banyak sangat dosa aku tak terampun nih. hmmm.

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. "Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"
 (Hadis riwayat Ibnu Abi Dunya dan Ibnu Hibban)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday 26 January 2013

..movie movie and movie..


Assalamualaikum..!

tengok title entry pun da tau la kan aku nak cakap pasal apa. minggu ni aku tengok movie tiga kali beb. TIGA kali.

  • Mama - 22 Jan/9.20 pm : GSC Sunway Carnival
  • The Impossible - 23 Jan/11.30 pm : GSC Queensbay
  • Hansel and Gretel - 25 Jan/6.15 pm : TGV Seberang Perai
hoho. kau macam study tourism plak kan boleh duk tengok movie bagai hari-hari. sedar diri la weyh kau study apa. kang da sampai tergolek-tergolek tak leyh nak bangun baru nak menyesal. huh

tapi part paling best :
  • aku round selagi ada cinemas kat penang neyh
  • setiap movie tengok dengan orang yang berlainan
part paling tak best :
  • setiap kali keluar RM50 paling kurang akan habis - makan, movie, beli tah pape
  • owh duit minyak kereta ku - paling kurang RM10 paling banyak RM20
  • duit tol - Bertam-Sg. Dua : RM3.20, Penang Bridge : RM 7
  • diet ku musnah - setiap kali keluar telan fast food. burger king, pizza hut, McD. 
***ke Queensbay, plan sama-sama duit keluar sama-sama la kan. ni tak, aku jugak. bukan nak berkira, tapi mati la kan. sekali dua xpe, ni dah berkali-kali dah kot. daripada ikhlas nak berjalan-jalan jadi terpaksa plak nanti. xbest kan? haishhh.

movie yang bakal jadi tatapan mata aku lepas niyh :
  • The Last Stand
  • Parker
  • 3 AM
  • Juvana - rasanya download je nanti :p
***nak tengok dengan siapa pulak lepas niyh -.-


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday 25 January 2013

..right or left?..


Assalamualaikum..!

Kadang-kadang kita keliru dengan perasaan sendiri. benar jodoh ada dimana-mana. kumbang bukan seekor, bunga pula setaman. tapi cinta sejati hanya wujud apabila tiada cinta seterusnya.

"if it is meant to be, it will be"
and whatever happens,
hold on to the one, up there

"Then when you have taken a decision, put your trust in Allah."
[ Surah Al-'Imran ; 159 ]

Love, Syaa  

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday 23 January 2013

..let it be..


aku dapat lagu ni daripada antara orang yang paling rapat dalam hidup aku. padahal lagu ni pasal dia dengan ex dia. aku plak yang over nak feeling-feeling bagai plak. mungkin ada kena mengena jugak ngan aku. tah bia je. let it be. :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..semalam.hari ini.seterusnya.selamanya..



Assalamualaikum..!

okay rasanya tak pernah aku update pasal classmate aku yang dah nak hampir setahun ktorang bersusah payah berhempas pulas membanting tulang tergolek terbangun terguling terlentang bersama-sama sebab nak capai cita-cita yang macam sipi-sipi nak tenggelam timbul je neyh. huh penat cakap xde fullstop. korang semua sangat lah best osem teramat sangat. serius sumpah tak tipu. biasalah tergigit lidah terkecil hati terasa sana sini. adik beradik yang hidup dengan kita sejak lahir pun hari-hari bergaduh. ni kan plak kita yang baru nak kenal diri masing-masing kan. sampai mati sayang korang. kekal kan apa yang kita ada hingga ke akhirnya :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday 10 January 2013

..ke akhirnya..


Assalamualaikum..!

dear ,

- terima kasih tersangatlah banyak banyak sebab sabar dengan perangai budak budak yang macam nak kena pijak lenyek lenyek * tp tau --- xkan buat mcm tuh :p
- kita hampir sgt terputus, tp mungkin apa yg kita dah lalui selama ni buat kita rasa saling melengkapi..last last cari jugak..^^
- semoga relationship kita ni sampai ke akhirnya..penat kita pertahankan..xkan nak sia sia kn macam tu je ye dak ?
- counting days and years mengharapkan kita disatukan suatu hari nanti..insyaAllah :)

sayang tu sementara je
tapi cinta dan kisah kita sampai bila bila

i love you <3



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com