Thursday 19 September 2013

Semester 3: Tamat


Assalamualaikum

Alhamdulillah, semester 3 sudah sampai ke penghujungnya. dan mengharapkan result yang lebih baik dari sebelum ini. tidak mengharapkan terlalu tinggi kerana tahu dimana aku berpijak. bukan tiada wawasan mahupun matlamat, tetapi bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. sudah usaha, doa dan tawakal, tiada apa yang perlu dibimbangkan bukan? :)

sudah setahun setengah mengejar ilmu Allah yang tiada penghujungnya. semoga ilmu ini terus lekat dan kekal di dalam hati, semoga ianya diberkati, semoga ianya dapat dipraktikkan ke jalanMu. semoga segala drama yang pernah dimainkan, keemosian yang tidak tentu pasal, kecelaruan hati, usaha, penat lelah dan air mata ini berbaloi dan tidak sia-sia.

kita bertindak mengikut apa yang kita percaya. kita tentukan apa yang kita kehendaki dan mahukan. kita yang membuat pilihan. dengan izin Kau sudah tentu :) ya, perjalanan yang baru sahaja bermula. penuhkan diri dengan ilmu, jangan jatuh. terima kasih ya Allah. semoga Kau permudahkan segalanya. hye semester 4 ^^

# semoga perjalananku ke Melaka lancar dan selamat




Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com