Monday 18 February 2013

..mandi yeahhh..


Assalamualaikum..!

yo! weekendku dihabiskan dengan aktiviti main air yang tersangatlah best-extreme. dikala celik mata ada pulak org sudi bawak pergi mandi sungai ala-ala air terjun gitu. haha. thnx gler! maka diriku bersama roomate tersayang pergilah memanjakan diri dalam air sungai yang sejuk membeku lagi menghijaukan walaupun macam sepah-kotor-comot sana sini.

tepat pukul 10 pg, ktorg dengan penuh eksaited siap dengan tracksuit bagai . sumpah tak sabar nak sampai. yelah. kalau dengan family ada je alasan tak nak bawak kan. ni bila da terlepas, laju aje. wee. perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam. sepanjang perjalanan dapatlah dilihat suasana kampung yang susahlah nak jumpa. tempat yang dituju adalah sungai sedim daerah kulim. okay da macam tourist guide punya ayat -.- sebelum tuh sempat singgah beli nasi ayam 4 bungkus. lebih satu sebab ada yang tamak haloba nak makan banyak. tapi last-last tak dimakan. haishhh.

sampai-sampai je letak bag, sewa pelampung terus terjun dalam sungai. bapak sejuk nak mam***. bermulalah adegan-adegan memalukan dalam air. dengan cik roomate yang terkapai-kapai mintak tolong nak kena hanyut. haha. sumpah lawak. dengan konon nya nak hanyut ngan pelampung dari tempat tinggi. last-last duk sakit belakang terhantuk batu. dengan duk jadi obor-obor lagi. dengan sorang jadi pemberat, jadi enjin ngan jadi stereng+pedal. memang akulah kan jadi pedal nya. yang dua ekoq tuh duk senang lenang duk atas pelampung. hasilnya hari ini tangan aku sakit xleh angkat. dah duk sengayut kat pelampung tu berejam-rejam. memang naik lah muscle-muscle aku kan.

dah dekat 3 jam berendam sampai kecut-kecut, ktorg pun da rasa macam nak balik. gerak 2 lebih macam tuh sampai rumah pukul 4. penatnya kemain lagi. aku memang da terlelap-lelap dah dalam kereta. co-driver yang sangat hampeh boleh tidur. haha. so? balik je kebabommm tidur tak sedar kan diri.

hasilnya, aku telah berjaya menghitamkan diri ku akibat sunburn yang duk ngada-ngada duk lekat kat kulit aku. ishhhh. roomate aku ajak pergi lagi. tapi encik bushuk tak kasi pergi sendiri :( kena tunggu dia balik lah kalau nak pergi lagi. xpe sanggup :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

No comments:

Post a Comment

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com