Friday, 31 May 2013

berhati-hati dengan hati.



Assalamualaikum.

pejam rapat-rapat
tarik dalam-dalam
teleku kejap-kejap

katup rapat simpan kunci
kepada Tuhan aku pulangkan

yang hina kerdil masih tak putus harap
terima kasih Allah
atas sebaik-baik perancanganMu


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday, 21 May 2013

kebodohan hati.


Assalamualaikum. 

semakin banyak aku mencuba semakin sakit parah nak telentang tergolek-golek rasanya. dan aku dah cuba sedaya-upaya untuk mengabaikannya. 

mungkin sebab inilah masanya untuk aku memilih untuk membuat keputusan untuk tidak tersilap untuk kepuasan. apa masalah kau dengan untuk? grrrr. dan aku telah memilih untuk study medicine  demi cita-cita tetapi hati tidak sepenuhnya. okay xde kena mengena. 

tapi. kalau sakit kenapa nak teruskan? huh, syaa? kenapa?

kau memang bodoh. 

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 19 May 2013

semaksarat.



Assalamualaikum.

Moga jalan yang aku pilih sekarang, jalan yang aku duduki sekarang, jalan yang aku mahu pegang sekarang adalah antara jalan terpilih untuk aku. Untuk kesekian kalinya, aku meminta lagi.

Pegang aku, Tuhan.

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 17 May 2013

Denial.


Assalamualaikum.

Pernah tak ada seseorang tak kisah lah siapa pon orang tu pada kita; kekasih atau kawan, yang sangat memahami kita, very supportive, always be there when we need someone to talk to, untuk dengar segala bebelan mak nenek kita, tapi tak pernah rasa rimas atau jemu apetah lagi menyampah.

Ada?

Walaupon dia tahu kadang-kadang kita cuma ada dengan dia bila kita perlukan dia je, maksudnya bila kita rasa sedih atau xde siapa yang kita nak mengadu. Jadi, dia sentiasa ada, walaupun cuma untuk itu. Bila kita gembira, kita lupakan dia.

Kita hargai dia cuma kerana dia ada masa kita sedih, tapi tak pernah hargai masa kita gembira. Kita gunakan dia. Mungkin masa tu kita cuma terlalu taksub untuk perkara-perkara baru. Taksub bersama-sama rakan untuk enjoice. Kita remaja. Berdarah panas orang kata, kan?

Tapi, bila kita dah meningkat dewasa, bila kita mula tahu untuk menghargai seseorang tu, kita mula sedar, yang dia sebenarnya lebih berharga daripada orang yang ada masa kita gembira sahaja. Tapi masa tu, mungkin dah terlalu lambat untuk kita kenang balik kan?

Sedih? Ya.
Menyesal? Mungkin.
Rindu? Ada.

Jadi, hargailah orang yang sentiasa ada masa susah kita. Don't take people for granted. Appreciate them. Sekarang, aku rindu dia, kau dan semua yang pernah aku abaikan. Aku menyesal.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday, 14 May 2013

takdir-aturan-perancangan


Assalamualaikum.

aku faham perasaan kau
terlalu faham
bukan sehari aku kenal kau
bukan setahun hati kita bersatu
sudah masak dengan perangai masing-masing.

semuanya salah aku
kau tak pernah ada salah apa-apa
kau terlalu baik untuk aku
terlalu sabar dengan karenah aku
aku hargai segala pengorbanan, perhatian dan cinta kau.

terus terang
aku tak pernah terniat untuk buat kau terluka
aku tak pernah terlintas untuk buat kau kecewa
sebab aku tau betapa sakitnya dilukai dikecewakan
sebab aku tau betapa pedihnya diabaikan.

harapan cuma
jangan terlalu berharap padaku
jangan terlalu mengharapkan cintaku
bukan tidak bersungguh untuk mempertahankan
bukan niat untuk menjauh
tetapi aku sangat takut takdir tidak menyebelahi kita
ya sangat takut.

maaf dengan segala kelakuanku
maaf dengan segala layananku
maafkan segalanya
percaya pada takdir
percaya pada aturan Allah :)



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday, 6 May 2013

ya katakan ya.


Assalamualaikum.

buktikan kalau kau ada
buktikan kalau kau sayang
buktikan kalau kau cinta
buktikan kalau kau milikku.

jangan buat aku ragu keikhlasan kau
jangan buat aku ragu kasih sayang kau.


iloveyou.
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com