Assalamualaikum!
Pernah tak kita terfikir fasal ni..?Simple topic kan..Meh-meh kita share-share..Jika Allah adil kenapa Dia menciptakan syurga dan neraka? Kenapa Allah tak ciptakan syurga je dan semua orang masuk syurga kan?
Allah menjadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata..Syurga dan neraka adalah hanya sebagai tempat yang terbaik dan layak menjadi penghuninya..Allah memberikan peluang yang sama kepada semua orang..Sesiapa yang memilih kebaikan, dia akan mendapatkan syurga dan bagi mereka yang memilih kejahatan, dia akan mendapatkan neraka..
Look..!Sekolah selalunya ada exam 6 bulan sekali..Kenapa pula ada exam padahal cikgu dah kenal student yang rajin dan bodoh kan..?Sebenarnya exam adalah untuk lihat siapa student yang terbaik dan memotivasikan student untuk belajar dengan lebih rajin..Student yang rajin akan dapat result yang baik dan student yang malas akan dapat result yang teruk..Student yang cemerlang akan dapat anugerah daripada guru besar dan sebagainya..So without exam kita tak dapat tahu siapa student yang terbaik..
Kesimpulannya, Allah ciptakan syurga dan neraka supaya kita beramal untuk mendapatkan status terbaik semata-mata..Allah jadikan kita lengkap dengan akal supaya kita dapat pilih sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya..So kita mampu buat pilihan walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi mempunyai kebebasan untuk pilih sama ada sesuatu itu baik atau buruk..:)
No comments:
Post a Comment