Sunday, 30 December 2012

..awak yang diseberang laut..


Assalamualaikum..!

hey awk. bukan niat hati untuk menolak diri awak. saya faham perasaan awak bila orang kita sayang tolak kita mentah-mentah. saya pernah lalu benda tu semua. tapi saya cuma selesa kita hanya sebagai kawan buat masa ni. kalau ada jodoh tidak ke mana bukan? :) awak tersangatlah banyak pilihan diluar sana. awek indon ramai kan? jk jk. memang kita bukan makin muda. tapi kadang-kadang kita perlukan lebih masa untuk lebih yakin mengenali seseorang dengan lebih dekat. saya tak mahu apa yang pernah jadi antara kita dahulu jadi balik sekarang. sakit kan? terus terang. untuk sekarang ni saya tak nak terikat dengan sesiapa pun. sangat penat kot. dah takut nak serah hati. nanti yang menanggung sendiri kan. saya mintak maaf dengan cara layanan saya selama ini. hope we can still be friends :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 25 November 2012

=,="

Assalamualaikum..!





Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday, 6 November 2012

..tak pernah..


Assalamualaikum !

xpernah membenci..xpernah mengharap..xpernah berhenti mencintai..
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 6 July 2012

..peaceful..


Assalamualaikum !

Tiba-tiba menjadi resah..
Tidak tahu dari mana datang perasaan itu..
Tidak tahu sebabnya kenapa..
Cuma mengharapkan ketenangan untuk menjalani kehidupan seharian..
Insyaallah :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 1 July 2012

..tiada titik noktah..



Assalamualaikum !


kehidupan..
segala yang dirancang dan tidak dirancang..
segala yang diduga dan tidak diduga..
segala yang diharapkan dan tidak diharapkan..
kalau segalanya seperti yang diharapkan..
tidak mencabarlah kehidupan itu bukan..
ya, segalanya berlaku dengan kehendak Nya..
bergantung kepada kita yang mencorak kehidupan..
mungkin hari ini kita di atas..
mungkin hari esok kita di bawah..
jangan menyesali apa yang telah berlaku..
jauh sekali menyalahkan takdir jika sesuatu itu berlaku..
terima dengan ikhlas dan redha..
insyaAllah kehidupan kita akan tenang selamanya.. :)


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 24 June 2012

..andai itu takdirnya..


Assalamualaikum !

Kalau masih xberubah aku akan undur diri... :-)


Semudah itukah kata-kata dilafaz ?
Serendah itukah sayang dan cinta yg selama ini disemai ?
Semurah itukah harga diriku dimatanya kini ?

Cinta ? ya aq cinta dan tiada siapa yg boleh menafikan perasaan tu..nak bercakap memang senang kan..tapi nak pertahankan 2 tuhan jela yg tau..mungkin silap aq xlepaskan dia dari awal tp yg lebih tepat aq terlalu menyayangi dia..xtau lah..rasa penat, sia-sia macam-macam ada kot..ok fine mungkin aq salah..aq yg berubah..aq yg degil..aq yg pekak buta tuli segala bagai..tapi demi Allah cinta aq xpernah berubah..serapat mana aq dgn org lain, tp jika hati kata cinta, cinta itu xpernah akan berubah..ya persahabatan kami disalah erti..xperlu dijelaskan lg kerana segalanya telah dijelaskan panjang lebar..cuma tidak mahu menerima..cuba utk berlaku jujur..tp akhirnya kejujuran dicurigai pun xguna kan..bukan memilih sahabat dari cinta..tp jika cinta tanpa kepercayaan dan persefahaman sgt susah utk dipertahankan..bukan mencari alasan..tp jujur aq memerlukan ketenangan yg amat sgt demi cita-cita yg sedang aq gapai..xmahu tewas dalam keduanya..salah satu harus aq pertahankan..

Salah ke kalau suruh sambung belajar ? demi masa depan dia dan insyaallah demi masa depan aq juga..umur muda lg kot..isi lah waktu muda2 ney utk belajar..jgn la asik duk fikir nak cari kumpul duit..xsalah niat 2 dan bukan tak menyokong..tp ingatlah tanggungjawab yang lebih besar tujuh atau lapan tahun kehadapan lg insyaallah..bukan utk meninggi atau membangga diri ataupun memilih..tapi rasa rendah diri, cuba utk mengawal segalanya dan ketidak puasan hati akan timbul satu hari nanti dan mungkin juga sedang terjadi kini..dan ini akan menimbulkan masalah yg sgt besar jika hubungan ini dibawa lebih jauh..

Tapi kalau itu pilihannya..aq xmampu nak menghalang..tiada daya mempertahankan hubungan yg semakin hari semakin menegang..bukan mengalah..tp menghormati keputusannya demi kebahagiaan bersama dan juga aq tau dia tau aq xmampu memberi kebahagiaan yg diharapkan dan aq juga tidak berani utk mempertaruhkan kebahagiaan diriku utk kali ini..cuma mengharapkan yang terbaik untuk kehidupan kami selepas itu..aq xpernah membenci apatah lagi mendoakan yang tidak baik..menyesal apatah lg..cinta kasih sayangku selama ini terlalu ikhlas utk dia..:)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday, 23 June 2012

..heart and soul..


Assalamualaikum !

Melukis kekuatan
melalui
Musibah dan Ujian

Mengukir senyuman
dikala saat jiwa dihimpit
Resah dan Kesayuan

Sentiasa tertawa
saat hati sedang
Menangis Pilu di Jiwa

Terus tabah
dan istiqamah di saat diri
Dihina Penuh Gundah

Akhlak mempersona
kerana sifat
Kemaafannya

Terus mengasihi
tanpa mengharap
Balasan Insani

Bertambah kuat
dalam setiap doanya mengharap
Redha Tuhan Yang Esa



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday, 21 June 2012

..pokok pangkal..


Assalamualaikum !

Tiba2 diri ini terasa untuk berubah ke arah yang lebih baik..tak tahu kenapa..dah lama rasa macam 2..mungkin apabila umur semakin meningkat menyebabkan kematangan diri semakin meningkat..ataupun teringat dosa lampau yang dilakukan..nauzubillah..kelekaan dan kealpaan mengejar keseronokan yang xda penghujungnya mungkin sehingga lalai tentang tanggungjawab sepatutnya kita di muka bumi..pernah untuk ubah diri tapi susah nak untuk istiqamah..mungkin sebab pengaruh persekitaran yang tak pernah menggalakkan..tak usah cari penyebabnya kan..? pokok pangkal hati sendiri..semuanya berbalik kepada diri sendiri cara macam mana yang kita nak dalam hidup kita..entahlah..dah banyak kali percubaan tapi semuanya macam sekerat jalan..tak tahu kat mana silapnya..semoga niat kali ini dipermudahkan dan diberi bimbingan dari orang sekeliling..
insyaallah :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday, 19 June 2012

..tiada kata..


Assalamualaikum !

Alhamdulillah semuanya kembali normal dan sedia kala..semoga keinsafan dan penyesalan yang terbit di hatinya walaupun sebesar zarah sekalipun berkekalan hingga ke akhirnya..terima kasih Ya Allah :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 17 June 2012

..nothing much to say ..


Assalamualaikum !

Almost two months I didn't update this blog..quite lazy but the truth is that I'm damn truly really busy in the last two months..and now it is almost two months I've been a medical student..and now I'm on holiday after two months being crazy with all the notes and books..although only a week, but it is like heaven to us as medical student..so, enjoy to the fullest ! ^^
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 22 April 2012

..hari baru hidup baru..


Assalamualaikum !

Tomorrow is my first day going to college and start a new life as a medical student..agak-agak macam mana ? macam scary kot ! hopefully everything is fine and i can quickly adapt to the situation..last two days have just came back from PPD camp in Tasik Banding, Gerik..it was kind of an orientation program but as a medical student we need to attend and complete three series of camps throughout 5 year of studies..so, just go and have fun !
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..hanya engkau dihatiku..


Assalamulaikum !

A father is someone that
holds your hand at the fair
makes sure you do what your mother says
holds back your hair when you are sick
brushes that hair when it is tangled because mother is too busy
lets you eat ice cream for breakfast
but only when mother is away
he walks you down the aisle
and tells you everything is gonna be ok !

Happy 48th Birthday baba ! semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan segalanya..thanks     for being such a good father to me..:)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday, 14 April 2012

..last day..


Assalamualaikum  !

Malam ni malam terakhir aku tidur kat rumah..maybe 3 or 4 am bertolak ke Penang..before that singgah Cameron Highlands kejap..tak tau sampai Penang pukul berapa..hope before maghrib..lusa hari Isnin aku register..bermulalah fasa terbaru hidupku as a medical student..5 tahun la aku duk di bumi Penang yang tak tau langsung selok-belok nya..silap-silap posting area sana memang tak balik Melaka la..tiba-tiba rasa malas teramat sangat..aduhhhhh..kejap je pulak rasa cuti dua bulan setengah kat rumah..pray for my success throughout five years of my study..semoga aku ditetapkan iman, dipermudahkan blaja, diberi kesihatan yang baik dan segala-galanya lah..insyaAllah..aminnnnn..:)

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday, 11 April 2012

..twenty-seven months..


Assalamualaikum !

Yeayh ! our relationship have been reached 27 months eventually..alhamdulillah..:) thanks for your understanding, giving me support and everything you have given me..hoping that our relationship will remain until the end of life..     cintasayangkamusampaimati
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..mengapakah kamu gigi ?????????..


Assalamualaikum!

Semalam pergi klinik gigi sebab malam kelmarin dok gatal main gigi dengan jari..sedang khayal menyembang dgn encik tersayang tiba-tiba gigi depan boleh pecah pulak..nasib baik tak sompek..kalau tak apela rupa agaknya..so bangun-bangun je pagi esok dengan rela hatinya pergila diriku ini menyerahkan diri ke dentist..dentist tu dengan penuh dedikasinya pun tampal bahagian yang pecah tu..dia punya ngilu tak payah cakapla..nasib baik RM 3 je..balik bagitau la kat ayah..ayah cakap gigi dah rapuh sebab tu senang pecah..wah tiba-tiba ketakutan kemelandaan..hari-hari gosok gigi kot ! so decide nak pergi jumpa dentist weekend ni untuk betulkan gigi yang mana-mana tak betol tu..takut pulak dia main pecah-pecah..tu pun kalau kaki ini ringan melangkah ^_^
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday, 4 April 2012

..disebaliknya.. -.-


Assalamualaikum!

mungkin tuhan sengaja mempertemukan kita dengan insan yang salah sebelum kita menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul , kita akan tahu bagaimana untuk lebih menghargai dan bersyukur dengan pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut . -.-

kadang-kadang Allah hilangkan sekejap matahari kemudian Dia datangkan pula guruh dan kilat . sedang puas kita mencari dimana matahari , rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah . :0
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday, 3 April 2012

..memories..


Assalamualaikum!

Friendship is like a precious flower
Ready to bloom every hour
It may stop growing or keep on flowering
But you'll still have it forever

Today almost two months that i have quit from MUCH. i was in that college for one semester. even though just for one semester, the value of friendship between us are not valuable. we are really too close and every single things we share together. thank you for always being beside me. i miss u guys damn much. :)

We each take different paths in life, but no matter where we go, we take a little of each other, everywhere..






Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 30 March 2012

..sudah menginjak 20..


Assalamualaikum!

Happy birthday to me..! haha..gila duk wish kat diri sendiri..^_^ 
I'm now 20 years old already..habis sudey umur belasan aku..so, setelah beberapa minit menjejaki umur puluh-puluh ni, 

umur makin bertambah, hidup makin tua, fikiran kena makin matang..
dah boleh fikir tentang masa depan dengan lebih terbuka..
boleh berfikir cara rasional dan lebih kepada pertimbangan..
sentiasa mencari redha Nya dalam apa jua yang dilakukan..

To my parents, 
Thanx Allah kerana mempertemukan dan menjodohkan mereka..kerana tanpa mereka dah tentu aku bukan aku..terima kasih atas segalanya setelah dua dekad membesarkan aku..sorry for all my wrongs..:)

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday, 29 March 2012

..K.A.M.U..


Assalamualaikum!

sebab terlalu risau..
sebab terlalu teringat..
sebab terlalu terfikir..
sebab terlalu mencintai..



sebelum tidur akan text..
bangun tidur check phone, ada tak text or call..
sampai tengah tidur pun akan mimpi..



Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Tuesday, 27 March 2012

..mengapakah Allah ciptakan syurga dan neraka..?..


Assalamualaikum!

Pernah tak kita terfikir fasal ni..?Simple topic kan..Meh-meh kita share-share..Jika Allah adil kenapa Dia menciptakan syurga dan neraka? Kenapa Allah tak ciptakan syurga je dan semua orang masuk syurga kan?
Allah menjadikan syurga dan neraka adalah hanya sebagai ujian semata-mata..Syurga dan neraka adalah hanya sebagai tempat yang terbaik dan layak menjadi penghuninya..Allah memberikan peluang yang sama kepada semua orang..Sesiapa yang memilih kebaikan, dia akan mendapatkan syurga dan bagi mereka yang memilih kejahatan, dia akan mendapatkan neraka..

Look..!Sekolah selalunya ada exam 6 bulan sekali..Kenapa pula ada exam padahal cikgu dah kenal student yang rajin dan bodoh kan..?Sebenarnya exam adalah untuk lihat siapa student yang terbaik dan memotivasikan student untuk belajar dengan lebih rajin..Student yang rajin akan dapat result yang baik dan student yang malas akan dapat result yang teruk..Student yang cemerlang akan dapat anugerah daripada guru besar dan sebagainya..So without exam kita tak dapat tahu siapa student yang terbaik..

Kesimpulannya, Allah ciptakan syurga dan neraka supaya kita beramal untuk mendapatkan status terbaik semata-mata..Allah jadikan kita lengkap dengan akal supaya kita dapat pilih sama ada sesuatu itu baik atau sebaliknya..So kita mampu buat pilihan walaupun pelbagai dugaan melanda tetapi mempunyai kebebasan untuk pilih sama ada sesuatu itu baik atau buruk..:)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday, 24 March 2012

..kamu selamanya..

Assalamualaikum!

Yeahhh..hari ni dapat jumpa dengan encik bushuk ! padahal baru 34 hari lepas jumpa..tapi budak ngada-ngada yang rasa nak pijak kuat-kuat tendang laju-laju ni tersangatlah rindu..:) we had a lot of fun today..sepanjang jalan nak balik dok tersengih-sengih tah ape-ape..sampai time dah sampai rumah nak park kereta boleh terlanggar gril..hhahaa..bermulalah ceramah ayahku tersayang yang panjang melebar..sorry daddy..:) tak pergi lepak mana-mana pun sebab 3/4 of the day teman encik bushuk di tempat futsal..tak pernah ikot before this..tapi ok lah..boleh join lagi lepas neyh..^^ kamu datang tepat pada masa sayang ! nextweek my birthday..present please ~ tak nak belanja makan..:) thanx dear !


akusayangkamu!


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday, 22 March 2012

..mama..!..


Assalamualaikum!

Eyt..entry patutnya untuk dua hari lepas..tapi xpela kot..:)
actually, mama kena pergi x-ray tulang takut kanser mama merebak ke tulang belakang..sebab mama ada mengadu sakit tulang belakang..so, doktor dari Hospital Melaka buat kan la appointment sampai ke KL..xjauh jugak la kan..pergi hospital hari isnin tiba-tiba kena pergi KL hari selasa..kelam-kabut jugak ayah minta cuti..tapi nak buat macam mana kan..so, esoknya tepat jam 9.30 pagi kami sampai tempat yang dituju..Nuclear Medicine Centre, National Cancer Society of Malaysia..xpernah tahu langsung pun ada tempat macam ni..sampai-sampai je kena tunggu sekejap sebab appointment mama pukul 10 pagi..then, mama kena inject radioactive..xsilap fungsinya untuk serap ke tulang so memudahkan radiographer x-ray tulang sebadan..xsure lah! lepas inject kena tunggu two hours lagi sebelum di x-ray..kami pun lepak-lepak la minum dekat Medan Selera Jalan Raja Muda Abdul Aziz..sebelah je dengan tempat tu..lepas habis segala topik dibualkan sampai da xde cerita, kami pun pergi tempat tu balik..radiographer pun panggil mama untuk di x-ray..sempat jugak berbual dengan radiographer tu macam mana tulang yang normal dengan abnormal..banyak jugak la benda baru yang dapat belajar..lepas 20 minutes mama habis kena x-ray..syukur alhamdulillah mama xde pape..maksudnya kanser mama tak merebak sampai ke tulang..:)


sebelum masuk terowong..xtau apa tah nama sebenar..:)

dalam terowong..


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Sunday, 18 March 2012

..outing with sistarss!..


Assalamualaikum!

Dari tengahari sampai ke petang kami berjalan xda arah tuju..semua kedai singgah..dari yang jual pakaian kasut sampai tempat jual barang elektrik..but we had fun today..dah lama tak hang out ramai-ramai..actually xda la ramai pun..just four of us..
mula-mula : aeon jusco bandaraya, ipa beli iron..
then : the store, makan mcD..
last : mahkota parade & dataran pahlawan, cari bag tapi xda yang berkenan..


 aina , ipa , sya
ipa , alia , sya

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday, 14 March 2012

..harapan ibu bapa..


Assalamualaikum!

Tengah-tengah dok menyembang dengan parents terfikir plak nak wat entry ni..siapa kita sebagai anak..?apa tanggungjawab kita..?apa yang kita boleh buat untuk senangkan hati mereka..?macam mana seharusnya cara kita bercakap dengan mereka..?macam mana layanan kita selama ni..?selama ni kita dah kurang ajar ke dengan mereka..?kita ni dah jadi anak derhaka ke..?

Masa kita kecil mereka tegur apa yang salah apa yang betul..malah sampai sekarang mereka tak pernah lepas tanggungjawab untuk menegur kita..tapi kenapa selepas penat hampir 20 tahun mereka besarkan kita, kita pula yang tengking maki hamun mereka..?hebat sangat ke kita sampai boleh memaki hamun orang tua sendiri..?dah terlebih banyak sangat ke pahala yang kita buat sehingga kita boleh buat sesuka hati..?tak kan xda sedikit rasa sayang, menghargai dan hormat pada mereka sampai sanggup buat macam tu..kita minta itu dan ini ikut sedap kita..ya, memang mereka akan tunaikan permintaan kita sebab tak sanggup nak tengok kita kecewa..tapi kenapa last-last kita kecewa kan mereka dengan segala apa yang telah mereka bagi..?

Ayah selalu cakap, 'biar tak pandai, asalkan jangan jadi jahat..berapa ramai je orang yang pandai, selebihnya tak pandai..tapi orang tak pandang hina dengan orang yang tak pandai..tapi orang pandang hina pada orang yang jahat..'..ayat tu selalu diulang dari kecil sampai sekarang..tapi kenapa tak pernah lekat kat hati kita..

Hargailah mereka sementara mereka masih ada di depan mata kita..ajal maut xda siapa pun tahu..jangan sampai masa nanti kita menyesal tak sudah..
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..gilak ahhh..berderet-berderet awek nak kan aku..!..


Assalamualaikum!

eyt..perempuan sekarang dah tak kesah sangat handsome or kaya ke tak..asal sedap mata memandang dan cukup makan pakai sudah..setuju tak..??tapi korang mesti takut perempuan lain tergila-gilakan bf korang kan..hebat sangat ke bf korang tuh?haha..mungkin bf korang ada ciri-ciri kat bawah ni or mungkin jugak bf korang tu yang gatal dok layan orang lain..:p  

  • Penampilan yang menarik
Tak semestinya kena ada wajah yang tampan dan kacak untuk membuat perempuan terpikat..lebih penting penampilan yang menarik dan kemas..
  • Punya kelainan
Setiap orang ada kelebihan yang diberikan tuhan berbeza-beza..gunakanlah kelebihan yang ada misalnya kemahiran dalam melukis..pikatlah perempuan dengan lukisan-lukisan kamu..
  • Komunikasi yang baik
Perempuan mudah tetarik dengan lelaki yang ada good communication skills dan boleh berbual tentang apa sahaja..
  • Jaga adab
Bersopan-santun terutama ketika berbual, makan dan berjalan agar tidak menyakitkan mata mana-mana pihak..
  • Ikut rentaknya
Kalau nak perempuan gilakan kamu, ikut rentak dan minatnya..!
  • Pemurah
Sifat perempuan sangat penting kerana perempuan takut kalau-kalau bertemu dengan lelaki yang kedekut..lelaki yang ajak dating, tapi perempuan pula perlu bayar..
  • Berusaha keras
Lelaki yang bekerja keras dan sentiasa berusaha memajukan diri semestinya menjadi idaman setiap perempuan..ini kerana perempuan semestinya mahu mencari seseorang yang boleh menjamin masa depannya..
  • Punya sifat kepimpinan
Lelaki yang mempunyai ciri-ciri kepimpinan secara tidak langsung adalah seorang lelaki yang berani, serius dan tegas apabila membuat sesuatu perkara..
  • Sense of humor
Kalau nak menjadi tarikan perempuan, pastikan kamu tahu cara untuk membuat perempuan ketawa..
  • Bijak sesuaikan diri
Sentiasa bijak sesuaikan diri dalam apa jua jenis keadaan pun tak kisahlah susah or senang..contohnya apabila bertemu orang tua kamu tahu mengambil hati mereka..


Haaaaaaa...mesti bf korang ade ciri-ciri kat atas ni kan..sebab tu korang asik gaduh je kan..haha..tapi bila kita dah serahkan hati kepada seseorang, kepercayaan dan kesetiaan sangat penting..janganlah sentiasa syak yang bukan-bukan..sedikit ragu-ragu tak mengapa..tapi jangan keterlaluan..takut memudaratkan hubungan kalian..:) ada ciri-ciri lain tak..?meh-meh share..:)

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Saturday, 10 March 2012

..happy 26th monthlysary..!..


Assalamualaikum!

cintasayangkamu
Dear, semoga relationship kita kekal sampai akhir hayat dan mendapat redha Nya..thnx untuk segala yang diberi, dipinjam, termintak sendiri and terpaksa bagi untuk 26 bulan yang lepas..buang yang keruh, ambil yang jernih..:)

I  love u..!
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Friday, 9 March 2012

..ambil berat atau memaksa..?..


Assalamualaikum!

Huuh..serba salah dibuatnya..ok fine memang aku kuat membebel tak pasal-pasal sampai naik rimas orang lain..tapi mana ada sesuka hati nak membebel tak tentu pasal..buang masa je kan..?entahlah..

Ada satu situasi ni..kerja atau bersukan yang penting..?kalau dah keluar main sampai esoknya tak pergi kerja sape pun tak angin kan..cakap sikit mula lah buat-buat tak dengar..sampai rasa nak tulis besar-besar kat dinding 'nak pergi kerja ke tak suka hati, malas nak tegur benda yang sama banyak kali!'then bila rasa nak angin terus slow down..bukan tak kasi keluar main langsung..tapi berpada-pada la kan..


Tapi, apa yang kita selalu nak sampaikan selalu disalah erti..bukan nak paksa buat benda-benda yang tak patut..apa hak kita nak paksa-paksa orang kan..?just cuma nak cakap utamakan yang mana satu lebih penting dalam apa pun yang kita buat..:)

dear, sorry kalau agak keterlaluan selama ney..ily..

Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Thursday, 8 March 2012

..gemuk sebab chocolate..?..


Assalamualaikum!

Semua orang pernah makan coklat..tipula kalau cakap tak pernah kan..tapi betol ke coklat sebabkan kita gemuk..?mana ada pon lah! tahu tak coklat ada banyak manfaat untuk kesihatan..antaranya, coklat kaya falvonoid dan antioksida yang boleh membuatkan kita awek muda..best kan muda sampai ke tua..?haha..:) coklat juga baik untuk melancarkan perjalanan darah, mengurangkan kadar kolestrol yang jahat dan tingkatkan imunisasi..takde la asyik sakit je kan..yang boleh buat kita gemuk adalah kandungan gula dan lemaknya..kalau tak tahu nak makan yang mana satu, pilihlah DARK CHOCOLATE! :)
Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Wednesday, 7 March 2012

..7 things yang tak boleh diubah dalam hidup kita sampai mati..



Assalamualaikum!

Saja nak share something..benda yang kita tak boleh ubah sampai kiamat pun..kita mati hidup balik pun tak kan pernah berubah..

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin. Tapi tak mampu mengubah roh (spirit) orang yang berkenaan. Terimalah dirimu seada seikhlasnya, sama ada engkau wanita atau lelaki..

Orang tua
Kita mesti menghormati ibu bapa apa cari sekalipun! Tak kisahlah dah setinggi selangit mana korang belajar or sampai ke celah mana pun, ibu bapa tetap dunia akhirat..Jika orang tua kita seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka selagi mereka tak suruh kita berbuat yang tak baik. Kalau tak takut jadi dalam hidup kita plak nanti..

Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita. Sekalipun kita tak boleh menyesal sebab memang dah ditentukan..

Bentuk fizikal
Jika kita mempunyai rambut keriting or hidung tak mancung or kulit sawo matang or ape sekalipun, terimalah seadanya. Memang ramai yang kita tengok nak ubah bentuk mukanya, sama ada memancungkan hidung or alis mata dicukur habis, tapi tetap nampak pelik dan tak natural..

Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah. Janganlah kita sesal apa yang dah berlalu dan jadi melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran untuk kita menjadi lebih baik pada masa hadapan. So, 'berdamailah' dengan masa lalu demi membina masa depan yang lebih produktif dan enovatif..Cehh! :)

Kedudukan dalam keluarga
Tak kisahlah kita sebagai anak bongsu, sulung, tengah ke tepi ke, memang tak boleh diubah dan terimalah seadanya..

Suku bangsa
Kalau kita dilahirkan sebagai orang Melayu, Cina or Jawa, jangan sesekali menyesal. Memang tak boleh nak ubah pun!


Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir..Jika berubah maka berubahlah hidup kita..:) So, sekarang set target apa yang kita nak dalam hidup..Tak kisahlah target untuk masa jangka masa pendek or panjang..Barulah apa yang kita rancang tu menjadi..insyaallah..








Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

..long distance love..

Assalamualaikum!

Sejauh mana mampu bertahan..? Kalau dah jodoh tidak ke mana..:)

Advantages: (between us)  :)

iloveyoudamnmuch!!

  • menilai kesetiaan, kepercayaan, kesabaran dan kejujuran both of us..
  • nak sentuh tangan tak sampai..so terhindar daripada melakukan maksiat maka kuranglah dosa..
  • jimat belanja..at least keluar nak kena spend RM50 right..?so can save that money for our future..insyaallah..
  • jumpa sekali sekala lebih bermakna..jumpa selalu pun bosan kan..suatu hari nanti nak kena hadap hari2 jugak kan..
  • cinta+sayang+rindu semakin bertambah..!

Tips bercinta jarak jauh..


1. Usahakan untuk berjumpa walaupun sekejap
Ya, selagi kudrat masih ada, selagi sihat dan selagi ada duit, usahalah untuk berjumpa dengan pasangan yang nun jauh di sana. Dengan berjumpa pasangan anda walaupun sekejap akan recharge balik kenikmatan dan keindahan cinta kalian..

2. Sentiasa mengingatkan diri agar terus setia pada pasangan
Kebanyakan hubungan cinta jarak jauh tidak kekal adalah disebabkan rasa 'insecurity' pada diri kita sendiri. Kita asyik berfikir "Ah mesti dia ada perempuan lain kat sana, penat je aku setia", Betul ke hubungan ni boleh dibawa ke jinjang pelamin nanti..?Cari sini lagi best."dan---------- Jadi anda harus menarik semangat kesetiaan di dalam hubungan anda dengan remove diri anda dari sebarang ketakutan dan percaya pada diri anda dan juga pasangan..

3. Berikan surprise kepada pasangan anda
Hubungan yang sudah lama sering bertukar menjadi hubungan yang bosan kerana masing-masing sudah 'selesa' dengan perbuatan dan perwatakan masing-masing. Kalau dulu bukan main lagi sentiasa senyum dan maintain macho, pakai wangi-wangi, rambut sikat kemas dan macam-macam lagi perkara yang control. So, letakkan elemen surprise yang bermakna kepada pasangan anda. Kejutan yang betul akan memberi pasangan anda perasaan terkejut kegembiraan disamping terharu dengan tindakan anda sekaligus mengukuhkan lagi perasaan cintanya kepada anda..






Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Monday, 5 March 2012

..no words..


Assalamualaikum!
Eyt..this is the first time where i did create my own blog..i'm totally new here..before this just suka2 bace blog orang laen..i don't know why i create this blog..saje suka2 jugak la kot..:)xpenah ade diary sendiri..so i want to make this place as a medium for keep all the memories throughout my life..that's all..


Leave your comment ! Sharing is caring ^_^

Copyright © 2012 . All Rights Reserved by miescyera92.blogspot.com